ALLAH + MATLAMAT: Bagaimana Menetapkan Matlamat Sebagai Seorang KristianSampel

GOD + GOALS: How To Set Goals As A Christian

HARI 3 DARIPADA 5

HARI 3: Apakah rupa matlamat yang didorong oleh iman? 

Apakah rupa matlamat yang dipimpin oleh Allah? Bolehkah anda memiliki matlamat yang tidak berkaitan secara nyata dengan pelayanan—seperti menjaga badan atau meneruskan pengajian? Ataupun, adakah semua matlamat anda mestilah "lebihkan berdoa," "menyertai perjalanan misi," dan "melayan di gereja saya"?

Sesetengah matlamat dan amalan sudah dinyatakan dalam Alkitab, maka amatlah berguna": membaca Alkitab (Mazmur 119:9), menghabiskan masa untuk berdoa (1 Tesalonika 5:17-18), berkumpul bersama-sama orang percaya yang lain (Ibrani 10:25), dan berkongsi iman anda (Mazmur 96:3). Allah inginkan perkara tersebut untuk tetap berdekatan dengan kita—untuk memastikan kita terus berbuah dan taat. Ini bukanlah senarai semak untuk diikuti, tetapi hasil hati yang telah diubah oleh kasih kurnia Allah. Kita terdorong untuk melakukan semua ini kerana Dia amat mengasihi kita. 

Namun, bagaimana dengan sepanjang hayat kita? Allah mahu kita untuk melakukan segala hal demi kemuliaan-Nya (1 Korintus 10:31)—matlamat-Nya yang terbesar untuk kita dan matlamat yang kelihatan biasa. Sama ada membina perniagaan, menamatkan ijazah, mengasuh anak, membuat keputusan kewangan yang bijak, menjaga badan, atau membersihkan kain kotor (kain rohani kotor? Ya!), jika semuanya dilakukan dengan matlamat menyenangkan hati Allah, anda boleh menggunakannya untuk menjadi cahaya untuk Dia. Ini tidak bermakna kita harus sempurna dari segi sikap kita semasa melaksanakannya atau dalam kemajuan kita, kita cuma perlu setia. 

Apabila kita melakukan perkara demi kemuliaan-Nya, orang lain akan melihat sesuatu yang berbeza dalam diri kita. Mereka akan tertanya-tanya tentang sumber harapan kita dan, jika diizinkan Tuhan, kita akan berpeluang berkongsi Sumber itu. Oleh itu, adakah matlamat anda harus berkaitan dengan misi dan pelayanan anda di gereja? Di mana pun Tuhan menempatkan anda, berkembang mekarlah di sana. Sementara anda bekerja, perkara yang biasa akan menjadi bermakna!

Berdoalah bersama dengan saya: Bapa, terima kasih kerana Engkau menanam saya di mana saya berada sekarang ini. Tolonglah saya untuk bertindak tentang perkara yang telah Engkau tempatkan di hadapan saya dengan mata rohani, melihat semuanya sebagai matlamat yang dipimpin oleh-Mu, walau apa pun tugasan saya. Tolonglah saya agar segala sesuatu yang saya lakukan menunjuk kepada-Mu—meskipun ketika saya melakukan kesilapan dan gagal. Moga-moga kasih kurnia-Mu menjadi panji saya semasa saya bergerak ke arah matlamat saya, menyedari bahawa kesempurnaan bukanlah tujuannya, tetapi ENGKAU—Pelopor dan Penyempurna iman saya. Dalam nama Yesus. Amin!

Perihal Pelan

GOD + GOALS: How To Set Goals As A Christian

Adakah okey untuk menetapkan matlamat sebagai orang Kristian? Bagaimanakah anda tahu sama ada sesuatu matlamat itu adalah daripada Allah atau diri sendiri? Bagaimanapun, apakah rupa matlamat Kristian? Dalam pelan bacaan 5 hari ini, anda akan meneliti Firman dan menemukan kejelasan serta arah untuk menetapkan matlamat yang dibangkitkan oleh kasih kurnia!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Cultivate What Matters kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.cultivatewhatmatters.com/youversion