Info Pelan

Noel: Hari Natal adalah untuk Semua OrangSampel

Noel: Christmas Is For Everyone

HARI 6 DARIPADA 12

Permulaan yang Kecil


Oleh Danny Saavedra  


"Malaikat itu berkata kepadanya, 'Janganlah takut, Maria, kerana Allah berkenan kepada engkau. Engkau akan mengandung, lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hendaklah engkau menamakan Dia Yesus' . . . Maria berkata, 'Aku hamba Tuhan; biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan.'”—Lukas 1:30-31, 38 (BM)



Antara semua wira rekaan yang hebat, Frodo, daripada filem The Lord of the Rings, merupakan salah satu watak yang paling menonjol. Mengapa? Kerana tidak seperti Hercules, Wonder Woman, Thor, atau Superman, dia bukanlah separa dewa yang berbadan besar dan memiliki kuasa besar. Tidak seperti Anakin atau Luke Skywalker, dia tidak dilahirkan dengan kuasa luar biasa. Tidak seperti Batman, dia bukanlah ninja kaya-raya yang berbadan sasa dan terlatih, yang memiliki wang untuk menghasilkan senjata serta perisai yang berteknologi tinggi. Frodo bukan semua itu. Dia cumalah hobbit kenit yang biasa dari Shire, seorang jejaka yang naif, baik hati, dan lemah lembut. Walau bagaimanapun, seperti yang dikatakan Galadriel dalam filem The Fellowship of the Ring, "Meskipun orang yang paling kenit boleh mengubah masa depan." 



Begini: Apakah yang membuat Frodo istimewa bukanlah keupayaan sangat luar biasa, kepintaran yang amat besar, ataupun hak kelahiran . . . tetapi kerelaannya untuk bertindak secara beriman. Dialah wira antara semua wira kerana walaupun dia sedar dia tidak dilengkapkan untuk tugas yang mustahil ini (dia tidak tahu jalan ke Mordor), dia tampil dalam kerendahan hati dan menerima panggilan apabila ia diberikan. 



Sesuatu yang amat alkitabiah terjelma dalam wira yang kenit ini: Allah boleh menggunakan sesiapa sahaja, walaupun orang yang paling rendah hati, untuk menyelesaikan kerja yang paling menakjubkan. Daripada gembala muda yang mengalahkan gergasi kepada balu yang menunjukkan kesetiaan yang mengagumkan terhadap ibu mentuanya kepada perempuan perawan dari Nasaret—di mana, nampaknya tiada apa-apa yang baik datang darinya (Yohanes 1:46)—yang "diberkatilah di antara semua perempuan" (Lukas 1:42)—Allah memang melakukan perkara yang besar melalui orang yang paling kenit, paling rendah hati.



Maka, mengapa Maria? Seperti Frodo, dia tidak memiliki apa-apa yang akan dikatakan "istimewa" oleh manusia. Dia tidak berasal daripada keluarga yang berstatus tinggi. Dia tidak dianggap hebat berbanding orang lain. Walau bagaimanapun, dia sangat diberkati oleh Allah. Apabila Gabriel memberitahu Maria bahawa dia akan mengandung melalui Roh Kudus, respons Maria menunjukkan sebab Allah telah memilihnya dan sebab dia sangat diberkati dan dikurniakan penghormatan ini. 



Dalam Lukas 1:38 (BM), dia berkata, "Aku hamba Tuhan; biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan." Lihatlah kerendahan hatinya! Responsnya terhadap berita yang gila, mustahil, dan terus-terang menakutkan ini (dia sudah bertunang, anak dara yang belum berkahwin, berkemungkinan berumur antara 12 hingga 14 tahun, apabila dia diberitahu akan mengandung) adalah "aku hamba Tuhan." 



Dia sedar tiada orang yang akan mempercayainya, bahawa ini berkemungkinan besar sesuatu yang menimbulkan skandal dan bahaya (Yusuf berkemungkinan memalukannya secara terbuka atau merejamnya sampai mati kerana menjadi hamil sebagai tunangnya, memandangkan dia bukanlah bapa kandung anak itu), tetapi Maria mempercayai Allah. Dia mempercayai Dia dan Firman-Nya. Dia menyerahkan diri untuk digunakan Allah untuk menjalankan kerja-Nya. Dia sedar dia tidak dilengkapkan untuk panggilan yang diberikan Allah kepadanya, tetapi dia menyerahkan hidup, kehendak, dan masa depannya ke dalam tangan-Nya, kerana dia mempercayai bahawa Dia akan berada di sisi-Nya sepanjang jalan itu.



Inilah yang diperlukan Tuhan daripada kita demi mencapai keajaiban dalam kehidupan kita dan kehidupan orang di sekeliling kita. Dia tidak memerlukan kita untuk menjadi sangat mahir, sangat pintar. Dia memang menggunakan orang yang memiliki kemahiran, bakat, sumber, dan keupayaan yang menakjubkan sebagaimana Dia menggunakan nelayan yang tidak terlatih, balu yang miskin, dan orang terbiar, tetapi ia bukanlah prasyarat untuk Dia melakukan kerja terbaik-Nya. Sebaliknya, Allah melakukan kerja terbaik-Nya dalam kehidupan orang yang rendah hati, bersedia, dan rela digunakan. Ia bukanlah soal apa yang anda boleh lakukan, tetapi apa yang anda benarkan Dia untuk lakukan dalam dan melalui anda. Dia memberkati orang yang menyatakan, "Aku hamba Tuhan . . . biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan." 



Seperti Maria, kita mempunyai peranan dalam kisah penebusan menakjubkan yang sedang dituliskan Allah ini. Kita mempunyai panggilan yang menakjubkan untuk menjadikan murid, mengkhabarkan injil, dan menjadi saksi-Nya. Adakah kita perlu menjadi sarjana atau pemidato yang dinamik untuk mencapainya? Tidak! Kita hanya perlu berkata, "Inilah aku, Yesus. Aku hamba-Mu."


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Noel: Christmas Is For Everyone

Selama 12 hari berikutnya, kita akan meneliti kisah Natal dan bukan sahaja menyedari sebab ia adalah cerita teragung yang pernah diceritakan, malah bagaimana hari Natal betul-betul untuk semua orang!

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Calvary Chapel Ft. Lauderdale kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://CalvaryFTL.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami