PenceraianSampel

Topik ini mempengaruhi sekurang-kurangnya separuh daripada orang yang sedang membaca ini. Sekiranya kamu membaca pelan ini, berkemungkinan besar kamu sedang berhadapan dengan ibu bapa yang sudah bercerai ataupun kamu hendak membantu seorang kawan. Marilah catatkan secara rasmi. Tuhan membenci penceraian, namun Dia tidak membenci mereka yang bercerai. Sebagai anak, bukanlah salah kamu sekiranya ibu bapa kamu bercerai. Sementara tidak adil bahawa kamu perlu menanggung akibat kesilapan orang lain, namun, kamu masih bertanggungjawab tentang kepercayaan dan sikap kamu terhadap ibu bapa kamu. Biarlah Firman Tuhan menunjukkan arah yang berkaitan dengan kenyataan penceraian.
Kitab
Perihal Pelan

Dewasa ini, penceraian berlaku di semua tempat, malahan ia juga berlaku dalam kalangan keluarga yang menghadiri gereja. Sekiranya ibu bapa kamu sedang menghadapi situasi yang sukar ini, kamu mungkin rasa bersalah ataupun hidup anda tidak dapat dikawal. Pelan 7 hari ini akan membantu kamu menemui Tuhan di tengah-tengah kekeliruan dan luka hati yang sedang dialami.
More
Kami berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://finds.life.church/