Ketenangan Jiwa: 7 Hari Kepada PembaharuanSampel

Soul Rest: 7 Days To Renewal

HARI 4 DARIPADA 7

APAKAH YANG DIINGINI ALLAH UNTUK KITA? 

Kita telah melabuhkan sauh kita pada kebenaran bahawa Allah ialah sumber rehat kita yang sebenar. Walau bagaimanapun, kita mendapati diri tertanya-tanya bagaimana ini diterapkan dalam hidup kita di bumi ini. Dengan jadual yang semakin sibuk, tanggungjawab keluarga, dan kewajipan kerja yang sentiasa hadir, kita ingin mengetahui bagaimana ini mempengaruhi kehidupan harian kita secara praktis. Kebanyakan masanya, kita hidup berdasarkan andaian apa yang Yesus jangkakan daripada cara hidup kita di dunia ini. Kita harus meluangkan masa untuk melihat apa yang betul-betul dikatakan oleh Yesus tentang kehendak-Nya buat kita. 

Hari ini, semasa waktu sunyi anda, tumpukan perhatian pada apa yang dikatakan dalam Alkitab tentang hasrat Allah terhadap manusia di bumi ini. Daripada hidup berdasarkan andaian perasaan dan fikiran Allah tentang perkara yang berlaku dalam hidup kita dan di sekeliling kita, mengambil masa untuk membaca Alkitab dan melihat kata-kata Yesus, dan orang lain, berkaitan dengan cara kita harus menjalankan hidup. Tuliskan wawasan yang diberikan oleh Allah semasa anda membaca kebenaran-Nya. 

Perhatian: Kita mungkin rasa hari ini ialah hari yang boleh dilangkau atau dipandang ringan kerana kita sudah mengetahui semua maklumat ini. Betul-betul menyelami dan meresap kebenaran yang dibaca ini. Jangan membuat anggapan. Mintalah Allah untuk berbicara dengan anda. 

Kamu tidak mendekati Allah kerana Dia berguna, kamu mendekati-Nya kerana Dia indah. Tiada hal yang lebih berguna daripada mendapati Allah itu indah. 

TIMOTHY KELLER 

Perihal Pelan

Soul Rest: 7 Days To Renewal

Dengan banyak tanggungjawab dan gangguan yang bersaing untuk merebut perhatian kita, terlalu banyak antara kita telah membina kitaran rehat yang tidak sihat. Akibatnya, kita kehabisan tenaga, berusaha sedaya upaya menentang tujuan Allah untuk hidup kita. Dalam pelan ini, kita dipanggil untuk menyelidiki diri secara sengaja, membantu kita bergerak ke arah hidup yang bertujuan dan mampan dengan Yesus.

More

Kami berterima kasih kepada Curtis Zackery kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://soulrestbook.com