Prinsip Hidup Untuk Dijadikan PanduanSampel

Life Principles To Live By

HARI 22 DARIPADA 36

Dipimpin Roh Kudus

Prinsip Hidup 22: Dipimpin Roh Kudus bermaksud mematuhi perintah awal Roh.

Daripada siapakah anda mendapatkan pimpinan harian tentang cara hidup atau keputusan yang patut dibuat?

Alkitab memberitahu kita hanya terdapat satu Penuntun yang boleh dipercayai iaitu Roh Kudus. Dialah satu-satunya yang tahu sepenuhnya tentang masa lalu kita dan masa depan kita, dari hari ini sampai keabadian. Dia tahu rancangan Allah dan tujuan-Nya untuk setiap seorang daripada kita, dan Dia tahu apa yang baik dan betul bagi kita.

Yesus berulang kali merujuk kepada Roh Kudus sebagai "Roh Kebenaran" dan memberitahu kita, “Roh akan membimbing kamu supaya mengetahui segala kebenaran itu. Roh tidak akan mengatakan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia akan mengatakan apa yang didengar-Nya dan memberitahu kamu perkara-perkara yang akan berlaku” (Yohanes 16:13). Sememangnya Roh Kebenaranlah yang sentiasa mengarahkan kita kepada Yesus, kata-kata-Nya, atau pekerjaan-Nya pada bila-bila masa.

Allah mahu kita untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan dan bila untuk melakukannya, dan kita boleh mempercayai Roh-Nya untuk menjadi Penuntun kita. Namun, terdapat syarat berhubung dengan pimpinan Roh Kudus dalam kehidupan kita.

Pertama, kita mesti menyerahkan diri kepada Roh Kudus. Kita mesti mengatakan ya apabila Dia menyuruh kita untuk mengambil sesuatu tindakan atau untuk mengatakan sesuatu. Kita mesti memberikan persetujuan mental kepada arahan Roh dan kemudian mentaati perintah-Nya, menyelesaikan perkara yang Dia panggil kita untuk lakukan.

Kedua, kita mesti mempercayai pimpinan-Nya. Kita lebih cenderung mendengar apa yang disampaikan Roh Kudus jika kita mendengar-dengarkan-Nya secara aktif. Kita lebih cenderung mencerap arahan Roh Kudus sekiranya kita mencari-Nya. Ibrani 11:6 memberitahu kita bahawa Allah "menganugerahi orang yang mencari-Nya.” Kita harus tekun mendapatkan pimpinan-Nya, memintanya, menantikannya, menjangkanya, dan menerimanya.

Roh Kudus telah datang untuk menyatakan kebenaran kepada kita. Dia telah datang dengan kebolehan maha mengetahui-Nya untuk menyampaikan apa yang kita perlu tahu untuk menjalankan kehidupan yang taat dan setia. Percayalah Dia untuk memimpin anda, sekarang dan selama-lamanya.

Perihal Pelan

Life Principles To Live By

Sepanjang lebih 60 tahun pelayanannya, Dr. Charles Stanley telah menyenaraikan 30 Prinsip Hidup yang telah memimpin dan membantunya untuk bertumbuh dalam pengetahuan, pelayanan dan kasih kepada Allah. Sertainya sementara dia membantu anda untuk menerokai setiap prinsip ini dengan lebih mendalam, mengajar anda cara untuk menerapkannya setiap hari, dan membawa anda untuk menikmati kehidupan berkelimpahan yang dikehendaki Kristus untuk anda. 

More

Kami ingin berterima kasih kepada In Touch Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://intouch.cc/lp-journal