ZAKHARIA 8:14-17 - Compare All Versions

ZAKHARIA 8:14-17 BM (Alkitab Berita Baik)

TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Ketika nenek moyang kamu membangkitkan kemurkaan-Ku, Aku mengambil keputusan untuk menghukum mereka dengan berat. Aku tidak mengubah keputusan-Ku itu, melainkan melaksanakannya. Tetapi sekarang Aku hendak memberkati penduduk Yerusalem dan Yehuda. Oleh itu, janganlah takut. Inilah perkara yang harus kamu lakukan: Jika kamu bercakap, katakanlah yang benar kepada sesama kamu. Berikanlah keputusan yang adil, keputusan yang membawa kedamaian, di tempat pengadilan. Jangan rancangkan perkara yang jahat terhadap sesama kamu. Jangan ucapkan kesaksian palsu dengan sumpah. Aku membenci dusta, ketidakadilan, dan keganasan.”

ZAKHARIA 8:14-17 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Beginilah firman TUHAN alam semesta, ‘Sebagaimana Aku bermaksud mendatangkan malapetaka atasmu ketika nenek moyangmu membangkitkan murka-Ku, dan Aku tidak berbelas kasihan,’ firman TUHAN alam semesta, ‘demikianlah pada waktu ini Aku kembali bermaksud mendatangkan kebaikan atas Yerusalem dan atas keturunan kaum Yehuda. Jangan takut! Hal-hal inilah yang harus kamu lakukan: Bercakap benar antara satu sama lain, laksanakan penghakiman yang benar dan yang mendatangkan damai di tempat pengadilanmu. Janganlah merancang kejahatan dalam hatimu terhadap satu sama lain dan janganlah mencintai sumpah dusta, kerana semua itu Kubenci,’ demikianlah firman TUHAN.”