Zakharia 8:14-17

Zakharia 8:14-17 AVB

Beginilah firman TUHAN alam semesta, ‘Sebagaimana Aku bermaksud mendatangkan malapetaka atasmu ketika nenek moyangmu membangkitkan murka-Ku, dan Aku tidak berbelas kasihan,’ firman TUHAN alam semesta, ‘demikianlah pada waktu ini Aku kembali bermaksud mendatangkan kebaikan atas Yerusalem dan atas keturunan kaum Yehuda. Jangan takut! Hal-hal inilah yang harus kamu lakukan: Bercakap benar antara satu sama lain, laksanakan penghakiman yang benar dan yang mendatangkan damai di tempat pengadilanmu. Janganlah merancang kejahatan dalam hatimu terhadap satu sama lain dan janganlah mencintai sumpah dusta, kerana semua itu Kubenci,’ demikianlah firman TUHAN.”