ROMA 8:7-17 - Compare All Versions
ROMA 8:7-17 BM (Alkitab Berita Baik)
Seseorang yang fikirannya dikuasai oleh tabiat manusia, menjadi musuh Allah. Orang itu tidak mentaati hukum Allah, dan sebenarnya dia tidak dapat mentaati hukum Allah. Orang yang hidup menurut tabiat manusia, tidak dapat menyenangkan hati Allah. Tetapi kamu tidak lagi hidup menurut tabiat manusia. Kamu hidup menurut kehendak Roh Allah - jika Roh Allah menguasai hidup kamu. Sesiapa tidak mempunyai Roh Kristus, orang itu bukan milik Kristus. Tetapi jika Kristus hidup dalam diri kamu, Roh Allah mengurniakan hidup kepada kamu, walaupun badan kamu akan mati kerana dosa. Hal itu demikian kerana kamu sudah berbaik semula dengan Allah. Jika Roh Allah yang membangkitkan Kristus daripada kematian, hidup dalam diri kamu, Dia yang membangkitkan Kristus daripada kematian itu, juga akan menghidupkan badan kamu yang fana. Dia melakukannya dengan Roh-Nya yang hidup dalam diri kamu. Oleh itu saudara-saudaraku, inilah kewajipan kita: Kita tidak boleh hidup menurut kehendak tabiat manusia. Jika kamu hidup menurut tabiat manusia, kamu akan mati; tetapi jika dengan kuasa Roh Allah kamu mematikan semua perbuatan kamu yang berdosa, kamu akan hidup. Orang yang dipimpin oleh Roh Allah ialah anak-anak Allah. Roh yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu tidak memperhamba kamu, sehingga kamu hidup dalam ketakutan. Sebaliknya Roh Allah menjadikan kamu anak-anak Allah, dan dengan kuasa Roh Allah kita memanggil Allah “Bapa, ya Bapaku!” Roh Allah bersama dengan roh kita menyatakan bahawa kita anak-anak Allah. Kerana kita anak-anak Allah, kita akan menerima berkat-berkat yang disediakan oleh Allah untuk umat-Nya. Bersama dengan Kristus, kita juga akan menerima segala yang sudah disediakan oleh Allah untuk Dia, kerana jika kita menderita bersama-sama Kristus, kita juga akan mendapat kemuliaan-Nya.
ROMA 8:7-17 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Kŭrna hawa nasu itulah bŭrsŭtru kapada Allah, kŭrna iya itu tiada ta’alok kapada hukum Allah, skali kali pun ta’bulih. Dŭmkian adanya orang yang mŭnurot hawa nafsu pun tiada bulih mŭnyukakan Allah. Tŭtapi kamu ini bukannya dalam hawa nafsu itu, mŭlainkan dalam Roh, jikalau kiranya Roh Allah itu ada diam dalam kamu; maka barang siapa yang tiada padanya Roh Almasih, maka bukanlah iya milek Almasih. Dan jikalau kiranya Almasih itu ada dalam kamu, maka tuboh itu matilah sŭbab dosa, tŭtapi nyawa itu hidoplah juga adanya sŭbab kabŭnaran. Tŭtapi jikalau Roh Tuhan yang mŭmbangkitkan Isa deripada mati ada diam dalam kamu, maka iya yang mŭmbangkitkan Almasih deripada mati itu juga kŭlak mŭnghidopkan tuboh kamu yang fana itu dŭngan rohnya yang ada diam dalam kamu. Maka sŭbab itulah hie sagala saudaraku, bahwa kita orang bŭrhutang bukannya kapada hawa nafsu itu, akan hidop mŭnurotkan hawa nafsu. Kŭrna jikalau kamu hidop mŭnurotkan hawa nafsu itu, maka kamu kŭlak mati; tŭtapi jikalau kamu mŭmatikan pŭrbuatan hawa nafsu itu dŭngan tulong Roh, maka kamu akan hidop. Kŭrna sŭbrapa orang yang dipimpin ulih Roh Allah itu, iya itulah anak anak Allah adanya. Kŭrna kamu tiada mŭnŭrima roh tawanan lagi, supaya kamu mŭnjadi takot pula, mŭlainkan kamu tŭlah mŭnŭrima roh anak angkat, maka sŭbab itulah kamu bŭrsru, Abba, ya Ayah. Maka Roh itu sŭndiri juga mŭnjadi saksi bŭrsama sama dŭngan roh kita, bahwa kita skalian ini kanak kanak Allah adanya. Adapun jikalau kiranya kita ini kanak kanak, bahwa kita pun warith warithlah, iya itu warith warith Allah, dan warith yang bŭrskutu dŭngan Almasih; maka jikalau kiranya kita mŭnanggong sŭngsara bŭrsama sama dŭngan dia, maka kita pun kŭlak akan dipŭrmuliakan juga bŭrsama sama.
ROMA 8:7-17 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Fikiran sifat tabii yang berdosa memusuhi Allah kerana fikiran demikian tidak tunduk kepada hukum Allah dan tidak dapat berbuat demikian. Orang yang dikawal oleh sifat tabii yang berdosa tidak berupaya mendapat keredaan Allah. Tetapi kamu dikawal bukan oleh sifat tabii yang berdosa tetapi oleh Roh, jika Roh Allah hidup dalam dirimu. Dan jika seseorang tidak ada Roh Kristus, dia bukanlah milik Kristus. Sebaliknya jika Kristus ada dalam dirimu, tubuhmu mati kerana dosa, namun rohmu hidup kerana perbenaran. Dan jika Roh Dia yang telah membangkitkan Yesus daripada kematian hidup dalam dirimu, maka Dia yang telah membangkitkan Kristus Yesus daripada kematian akan juga memberikan kehidupan kepada tubuhmu yang fana melalui Roh-Nya, yang hidup dalam dirimu. Dengan demikian, saudara-saudaraku, kita ada kewajipan tetapi bukan terhadap sifat tabii yang berdosa dan hidup menurut sifat tabii itu. Kerana jika kamu hidup menurut sifat tabii yang berdosa, kamu akan mati; tetapi jika dengan Roh itu kamu mematikan perbuatan-perbuatan salah tubuhmu, kamu akan hidup, kerana orang yang dipimpin oleh Roh Allah ialah anak-anak Allah. Kerana kamu bukanlah menerima Roh yang menyebabkan kamu diperhamba lagi oleh ketakutan, tetapi telah menerima Roh yang menjadikanmu anak Allah. Dan dengannya kita berseru, “Abba, Bapa.” Roh itu sendiri memberikan kesaksian dengan roh kita bahawa kita anak Allah. Jika kita anak, maka kita waris-waris Allah, waris bersama dengan Kristus, jika kita benar-benar berkongsi penderitaan-Nya supaya dapat berkongsi kemuliaan-Nya kelak.