ROMA 8:10-28

ROMA 8:10-28 Alkitab Berita Baik (BM)

Tetapi jika Kristus hidup dalam diri kamu, Roh Allah mengurniakan hidup kepada kamu, walaupun badan kamu akan mati kerana dosa. Hal itu demikian kerana kamu sudah berbaik semula dengan Allah. Jika Roh Allah yang membangkitkan Kristus daripada kematian, hidup dalam diri kamu, Dia yang membangkitkan Kristus daripada kematian itu, juga akan menghidupkan badan kamu yang fana. Dia melakukannya dengan Roh-Nya yang hidup dalam diri kamu. Oleh itu saudara-saudaraku, inilah kewajipan kita: Kita tidak boleh hidup menurut kehendak tabiat manusia. Jika kamu hidup menurut tabiat manusia, kamu akan mati; tetapi jika dengan kuasa Roh Allah kamu mematikan semua perbuatan kamu yang berdosa, kamu akan hidup. Orang yang dipimpin oleh Roh Allah ialah anak-anak Allah. Roh yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu tidak memperhamba kamu, sehingga kamu hidup dalam ketakutan. Sebaliknya Roh Allah menjadikan kamu anak-anak Allah, dan dengan kuasa Roh Allah kita memanggil Allah “Bapa, ya Bapaku!” Roh Allah bersama dengan roh kita menyatakan bahawa kita anak-anak Allah. Kerana kita anak-anak Allah, kita akan menerima berkat-berkat yang disediakan oleh Allah untuk umat-Nya. Bersama dengan Kristus, kita juga akan menerima segala yang sudah disediakan oleh Allah untuk Dia, kerana jika kita menderita bersama-sama Kristus, kita juga akan mendapat kemuliaan-Nya. Pada pendapatku, segala penderitaan yang kita alami sekarang tidak dapat dibandingkan dengan kemuliaan yang akan ditunjukkan kepada kita. Dengan penuh kerinduan, alam semesta menanti-nantikan masanya Allah menunjukkan anak-anak-Nya. Alam semesta sudah dibiarkan menjadi sia-sia, bukan kerana kehendak sendiri, tetapi kerana Allah menetapkannya demikian. Meskipun demikian ada juga harapan bahawa pada suatu hari alam semesta akan dibebaskan daripada kuasa yang menghancurkannya, lalu menikmati kebebasan dan kemuliaan dengan anak-anak Allah. Kita tahu bahawa sehingga saat ini alam semesta merintih kesakitan seperti kesakitan yang dialami wanita yang bersalin. Bukan sahaja alam semesta yang merintih, tetapi kita juga merintih dalam batin. Kita yang sudah menerima Roh Allah sebagai kurnia Allah yang pertama, pun masih menunggu masanya Allah menjadikan kita anak-anak-Nya dan membebaskan diri kita seluruhnya. Kerana dengan berharap, kita diselamatkan. Tetapi jika kita boleh melihat apa yang kita harapkan, maka hal itu bukan lagi harapan. Siapakah mengharapkan sesuatu yang sudah dilihatnya? Tetapi jika kita mengharapkan sesuatu yang belum kita lihat, kita menunggu dengan sabar. Begitu juga Roh Allah datang menolong kita yang lemah ini. Kita tidak tahu bagaimana kita patut berdoa; Roh itu sendiri bermohon kepada Allah dengan erangan yang tidak dapat diutarakan dengan kata-kata. Allah yang mengetahui isi hati manusia, mengerti apa yang dimaksudkan oleh Roh itu, kerana Roh itu bermohon kepada Allah bagi umat-Nya, sesuai dengan kehendak Allah. Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya.

ROMA 8:10-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Dan jikalau kiranya Almasih itu ada dalam kamu, maka tuboh itu matilah sŭbab dosa, tŭtapi nyawa itu hidoplah juga adanya sŭbab kabŭnaran. Tŭtapi jikalau Roh Tuhan yang mŭmbangkitkan Isa deripada mati ada diam dalam kamu, maka iya yang mŭmbangkitkan Almasih deripada mati itu juga kŭlak mŭnghidopkan tuboh kamu yang fana itu dŭngan rohnya yang ada diam dalam kamu. Maka sŭbab itulah hie sagala saudaraku, bahwa kita orang bŭrhutang bukannya kapada hawa nafsu itu, akan hidop mŭnurotkan hawa nafsu. Kŭrna jikalau kamu hidop mŭnurotkan hawa nafsu itu, maka kamu kŭlak mati; tŭtapi jikalau kamu mŭmatikan pŭrbuatan hawa nafsu itu dŭngan tulong Roh, maka kamu akan hidop. Kŭrna sŭbrapa orang yang dipimpin ulih Roh Allah itu, iya itulah anak anak Allah adanya. Kŭrna kamu tiada mŭnŭrima roh tawanan lagi, supaya kamu mŭnjadi takot pula, mŭlainkan kamu tŭlah mŭnŭrima roh anak angkat, maka sŭbab itulah kamu bŭrsru, Abba, ya Ayah. Maka Roh itu sŭndiri juga mŭnjadi saksi bŭrsama sama dŭngan roh kita, bahwa kita skalian ini kanak kanak Allah adanya. Adapun jikalau kiranya kita ini kanak kanak, bahwa kita pun warith warithlah, iya itu warith warith Allah, dan warith yang bŭrskutu dŭngan Almasih; maka jikalau kiranya kita mŭnanggong sŭngsara bŭrsama sama dŭngan dia, maka kita pun kŭlak akan dipŭrmuliakan juga bŭrsama sama. Kŭrna pada sangkaku, adapun sŭngsara yang ada pada masa ini tiadalah layak dibandingkan dŭngan kŭmuliaan yang akan dinyatakan pada kita itu. Kŭrna harap dŭngan yakin deripada makhlok itu mŭnantikan kŭnyataan sagala kanak kanak Allah. Kŭrna makhlok itu tŭlah ta’loklah kapada sia sia adanya, bukannya dŭngan sŭngajanya, mŭlainkan tŭrsŭbab ulih Tuhan yang tŭlah mŭna’lokkan iya kapada harap itu. Kŭrna makhlok itu sŭndirinya pun akan dilŭpaskan deripada tawanan kabinasaan itu masok kapada kŭmuliaan bibas kanak kanak Allah. Kŭrna kita tŭlah mŭngtahui, bahwa sagala makhlok itu mŭngŭrang dan kŭloh kŭsah dalam kŭsakitan bŭrsama sama sampielah skarang ini. Dan bukannya marika itu sahja, mŭlainkan diri kita pun yang tŭlah mŭndapat buah bungaran sulong roh itu, kita sŭndiri pun mŭngŭrang dalam diri kita sŭndiri, sŭrta mŭnantikan akan diangkat anak, iya itu tŭbusan tuboh kita. Kŭrna kita dipliharakan ulih sŭbab harap, tŭtapi harap yang klihatan itu bukannya harap; kŭrna barang yang dilihat ulih manusia itu, mŭngapakah diharapkan lagi? Tŭtapi jikalau harap akan pŭrkara yang tiada kita lihat itu, maka tŭtkala itulah kita mŭnantikan dia itu dŭngan sabar. Dan dŭmkian lagi Roh itu pun mŭnulong akan kalŭmahan kita, kŭrna tiada kita kŭtahui apakah yang handak kita bŭrdoa dŭngan spatutnya, mŭlainkan Roh itu sŭndiri mŭmohonkan akan ganti kita dŭngan mŭngŭrang yang tiada dapat dibunyikan. Adapun Tuhan yang mŭnyŭlidek akan sagala hati itu, dikŭtahuinyalah akan kahandak Roh itu, sŭbab iya tulong mŭmohonkan kŭrna orang orang suchi itu spŭrti yang dikahandaki Allah. Maka kami mŭngtahui, bahwa sagala pŭrkara bŭkŭrja bŭrsama sama akan mŭndatangkan kŭbajikan kapada orang orang yang mŭngasihi Allah, iyaani kapada marika itu yang tŭlah dipileh itu sŭkŭdar kahandak Allah.

ROMA 8:10-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Sebaliknya jika Kristus ada dalam dirimu, tubuhmu mati kerana dosa, namun rohmu hidup kerana perbenaran. Dan jika Roh Dia yang telah membangkitkan Yesus daripada kematian hidup dalam dirimu, maka Dia yang telah membangkitkan Kristus Yesus daripada kematian akan juga memberikan kehidupan kepada tubuhmu yang fana melalui Roh-Nya, yang hidup dalam dirimu. Dengan demikian, saudara-saudaraku, kita ada kewajipan tetapi bukan terhadap sifat tabii yang berdosa dan hidup menurut sifat tabii itu. Kerana jika kamu hidup menurut sifat tabii yang berdosa, kamu akan mati; tetapi jika dengan Roh itu kamu mematikan perbuatan-perbuatan salah tubuhmu, kamu akan hidup, kerana orang yang dipimpin oleh Roh Allah ialah anak-anak Allah. Kerana kamu bukanlah menerima Roh yang menyebabkan kamu diperhamba lagi oleh ketakutan, tetapi telah menerima Roh yang menjadikanmu anak Allah. Dan dengannya kita berseru, “Abba, Bapa.” Roh itu sendiri memberikan kesaksian dengan roh kita bahawa kita anak Allah. Jika kita anak, maka kita waris-waris Allah, waris bersama dengan Kristus, jika kita benar-benar berkongsi penderitaan-Nya supaya dapat berkongsi kemuliaan-Nya kelak. Aku menganggap bahawa penderitaan kita sekarang terlalu kecil untuk dibandingkan dengan kemuliaan yang akan dinyatakan kepada kita. Seluruh ciptaan menanti-nantikan saatnya Allah menyerlahkan anak-anak-Nya. Kerana seluruh ciptaan telah ditundukkan dalam kebuntuan, bukan dengan pilihannya sendiri, tetapi dengan kehendak Dia yang telah menundukkannya, dengan harapan bahawa ciptaan itu sendiri akan dibebaskan daripada belenggu kemusnahan dan dibawa ke dalam kebebasan penuh kemuliaan anak-anak Allah. Kita tahu bahawa sampai ke saat ini seluruh ciptaan mengerang bagaikan sakit melahirkan anak. Lebih daripada itu, kita sendiri yang mendapat buah pertama Roh Allah, turut mengerang dalam batin sambil menanti-nantikan pengangkatan sebagai anak, iaitu penebusan tubuh kita. Melalui harapan ini, kita telah diselamatkan. Tetapi harapan yang dilihat bukanlah harapan. Siapa yang mengharapkan apa yang sudah ada padanya? Sebaliknya, jika kita mengharapkan apa yang belum ada pada kita, maka kita menantikannya dengan sabar. Demikian jugalah, Roh menolong kita dalam kelemahan kita. Kita tidak tahu apa yang patut kita doakan, tetapi Roh itu sendiri berdoa syafaat untuk kita dengan rintihan yang tidak dapat disampaikan melalui kata-kata. Dan Dia yang menyoroti hati kita tahu akan fikiran Roh, kerana Roh berdoa syafaat bagi pihak orang yang salih menurut kehendak Allah. Dan kita tahu bahawa dalam semua hal Allah bekerja untuk kebaikan orang yang mengasihi-Nya, yang telah dipanggil menurut rancangan-Nya.

ROMA 8:10-28

ROMA 8:10-28 BM