WAHYU 7:2-4
WAHYU 7:2-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu aku nampak malaikat lain muncul dari sebelah timur, dengan membawa meterai yang digunakan oleh Allah yang hidup. Dengan suara lantang malaikat itu memanggil keempat-empat malaikat yang sudah diberikan kuasa oleh Allah untuk merosakkan darat dan laut. Malaikat itu berkata, “Janganlah rosakkan darat, atau laut, ataupun pokok-pokok, sehingga kami telah memeterai dahi hamba-hamba Allah kita.” Aku diberitahu bahawa 144,000 orang ditandai dengan meterai Allah pada dahi mereka. Mereka berasal daripada dua belas suku Israel
WAHYU 7:2-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kulihat pula sa’orang mŭliekat yang lain naik deri sŭblah mashrek, yang ada mŭmŭgang mutrie Allah yang hidop itu: maka bŭrsrulah iya dŭngan swara yang nyaring kapada ampat orang mŭliekat yang tŭlah dikurniakan kwasa mŭrosakkan bumi dan laut itu, Katanya, Janganlah kamu mŭrosakkan bumi, atau laut, atau pohon pohon kayu, sampie sudah kita mutriekan didahi sagala hamba Allah kami itu. Bahwa adalah kudŭngar bilangan sagala orang yang dimutriekannya itu, sa’ratus ampat puloh ampat ribu banyaknya yang tŭrmutrie deri pada tiap tiap suku bangsa bani Israil.
WAHYU 7:2-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian kulihat malaikat lain datang dari timur membawa materai yang digunakan oleh Allah yang hidup. Dengan suara lantang malaikat itu berseru kepada empat malaikat yang telah diberi kuasa untuk merosakkan darat dan laut. Malaikat itu berkata, “Janganlah rosakkan darat, laut atau pokok-pokok hingga kami telah mematerai dahi hamba-hamba Allah kita.” Lalu aku mendengar bahawa seratus empat puluh empat ribu daripada semua suku Israel dimateraikan.