Wahyu 7

7
144,000 dimateraikan
1 # Yer 49:36; Dan 7:2; Za 6:5. Selepas itu, kulihat empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak ada angin yang bertiup di darat, di laut, atau di pokok. 2Kemudian kulihat malaikat lain datang dari timur membawa materai yang digunakan oleh Allah yang hidup. Dengan suara lantang malaikat itu berseru kepada empat malaikat yang telah diberi kuasa untuk merosakkan darat dan laut. 3#Yeh 9:4,6.Malaikat itu berkata, “Janganlah rosakkan darat, laut atau pokok-pokok hingga kami telah mematerai dahi hamba-hamba Allah kita.” 4Lalu aku mendengar bahawa seratus empat puluh empat ribu daripada semua suku Israel dimateraikan. 5Daripada suku Yehuda dua belas ribu, daripada suku Ruben dua belas ribu, daripada suku Gad dua belas ribu, 6daripada suku Asyer dua belas ribu, daripada suku Naftali dua belas ribu, daripada suku Manasye dua belas ribu, 7daripada suku Simeon dua belas ribu, daripada suku Lewi dua belas ribu, daripada suku Isakhar dua belas ribu, 8daripada suku Zebulon dua belas ribu, daripada suku Yusuf dua belas ribu, daripada suku Benyamin dua belas ribu.
Orang ramai berjubah putih
9Selepas itu, aku melihat lagi. Kulihat lautan manusia, tidak terkira banyaknya, daripada segala bangsa, suku, kaum, dan bahasa, berjubah putih dan memegang daun palma. Mereka semua berdiri di hadapan takhta dan Anak Domba. 10Mereka berseru dengan lantang, “Penyelamatan ada pada Allah kami yang bersemayam di atas takhta dan pada Anak Domba!” 11Semua malaikat berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua, lalu semuanya sujud di hadapan takhta menyembah Allah. 12Mereka berkata, “Amin! Segala pujian, kemuliaan, kebijaksanaan, kesyukuran, kehormatan, kuasa dan kebesaran bagi Allah kami selama-lamanya! Amin.”
13Salah seorang tua-tua itu bertanya kepadaku, “Siapakah yang berjubah putih itu dan dari manakah mereka itu?”
14 # Dan 12:1; Mat 24:21; Mrk 13:19. “Aku tidak tahu, tetapi tuan tahu,” sahutku.
Dia berkata, “Merekalah orang yang berjaya menempuh kesengsaraan yang dahsyat. Mereka telah membasuh jubah mereka menjadi putih bersih dengan darah Anak Domba.
15Maka sekarang, mereka berdiri di hadapan takhta Allah
dan menyembah-Nya siang malam di dalam Bait Suci-Nya.
Dia yang bersemayam di atas takhta akan membentangkan khemah-Nya di atas mereka.
16 # Yes 49:10. Mereka tidak akan lapar atau dahaga lagi.
Terik matahari atau sesuatu yang amat panas pun tidak akan dapat membakar mereka lagi
17 # Mzm 23:1; Yeh 34:23. Mzm 23:2; Yes 49:10. Yes 25:8. kerana Anak Domba di tengah-tengah takhta itu akan menjadi gembala mereka.
Dia akan membimbing mereka ke mata air yang membawa hidup,
dan Allah akan menghapuskan setiap titik air mata mereka.”

Terpilih Sekarang Ini:

Wahyu 7: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami