MAZMUR 91:9-16
MAZMUR 91:9-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Engkau menjadikan TUHAN pembelamu, Yang Maha Tinggi pelindungmu, oleh itu engkau tidak akan kena bencana, rumahmu tidak akan ditimpa malapetaka. Allah akan memerintah malaikat-Nya menjaga engkau, untuk melindungi engkau ke mana-mana engkau pergi. Mereka akan menyambut engkau dengan tangan, supaya kakimu tidak terhantuk pada batu. Engkau akan memijak-mijak ular dan singa, singa yang buas dan ular yang berbisa. Firman Allah, “Orang yang mengasihi Aku akan Kuselamatkan, orang yang mengakui Aku sebagai TUHAN akan Kupeliharakan. Apabila mereka berseru kepada-Ku, Aku akan menjawab mereka. Apabila mereka dalam kesusahan, Aku akan menolong mereka. Aku akan menyelamatkan serta menghormati mereka. Aku akan memberikan umur panjang kepada mereka, Aku akan menyelamatkan mereka.”
MAZMUR 91:9-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kerana engkau telah menjadikan TUHAN tempat engkau menetap — Yang Maha Tinggi tempat aku bernaung — kejahatan tidak akan menimpamu, dan wabak tidak akan mendekati tempat tinggalmu. Kerana Dia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjagamu untuk memeliharamu walau di mana kamu berada. Mereka akan menatangmu, supaya kakimu tidak tersandung batu. Engkau akan memijak singa dan ular tedung; singa muda dan ular berbisa akan kaulanyak di bawah kaki. “Kerana dia telah menumpukan kasihnya kepada-Ku, maka Aku akan melepaskannya; Aku akan meletakkannya di tempat tinggi, kerana dia mengetahui nama-Ku. Dia akan berseru kepada-Ku, dan Aku akan menjawabnya; Aku akan menyertainya ketika dia dalam kesusahan, dan Aku akan melepaskannya dan memberinya penghormatan. Dengan umur yang panjang Aku akan memberinya kepuasan dan menunjukkannya penyelamatan-Ku.”