Mazmur 91:9-16

Mazmur 91:9-16 AVB

Kerana engkau telah menjadikan TUHAN tempat engkau menetap — Yang Maha Tinggi tempat aku bernaung — kejahatan tidak akan menimpamu, dan wabak tidak akan mendekati tempat tinggalmu. Kerana Dia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya menjagamu untuk memeliharamu walau di mana kamu berada. Mereka akan menatangmu, supaya kakimu tidak tersandung batu. Engkau akan memijak singa dan ular tedung; singa muda dan ular berbisa akan kaulanyak di bawah kaki. “Kerana dia telah menumpukan kasihnya kepada-Ku, maka Aku akan melepaskannya; Aku akan meletakkannya di tempat tinggi, kerana dia mengetahui nama-Ku. Dia akan berseru kepada-Ku, dan Aku akan menjawabnya; Aku akan menyertainya ketika dia dalam kesusahan, dan Aku akan melepaskannya dan memberinya penghormatan. Dengan umur yang panjang Aku akan memberinya kepuasan dan menunjukkannya penyelamatan-Ku.”