MAZMUR 118:13-14,22-29
MAZMUR 118:13-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku diserang dengan sengit dan hampir dikalahkan, tetapi TUHAN menolong aku. TUHAN menjadikan aku gagah dan perkasa; Dia telah menyelamatkan aku.
MAZMUR 118:22-29 Alkitab Berita Baik (BM)
Batu yang dibuang pembina-pembina itu telah menjadi batu yang paling utama. Inilah perbuatan TUHAN; sungguh mengagumkan bagi kita! Inilah hari kemenangan TUHAN; marilah kita rayakannya dengan gembira. Kami memohon supaya Engkau menyelamatkan kami, ya TUHAN! Ya TUHAN, berilah kami kejayaan! Semoga Allah memberkati dia yang datang demi nama TUHAN! Dari Rumah TUHAN, kami memberkati kamu semua. TUHAN itu Allah; Dia baik kepada kita. Dengan melambai-lambaikan dahan pokok, mulakanlah perayaan dan berjalanlah mengelilingi mazbah. Engkaulah Allahku, aku bersyukur kepada-Mu; aku akan mengagungkan Engkau. Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik, dan kasih-Nya kekal abadi.
MAZMUR 118:13-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku ditolak dengan ganas supaya aku tersungkur, tetapi TUHAN menolongku. TUHAN adalah kekuatan dan nyanyianku; dan Dia telah menjadi penyelamatanku.
Mazmur 118:22-29 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Batu yang telah dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru; Ini perbuatan TUHAN, sungguh menakjubkan di mata kita. Ini hari yang dijadikan oleh TUHAN; kita akan bergembira dan bersukacita kerananya. Selamatkanlah sekarang, aku berdoa, ya TUHAN; ya TUHAN, aku berdoa, hantarlah kemakmuran. Diberkatilah orang yang datang dalam nama TUHAN. Kami telah memberkatimu dari rumah TUHAN. Allah adalah TUHAN, dan Dia telah memberi kita cahaya. Ikatlah korban dengan tali ke tanduk mazbah. Engkau Allahku, dan aku akan memuji-Mu; Engkau Allahku, aku akan meninggikan-Mu. Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana kebaikan-Nya; kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya.