Mazmur 118

118
1 # 1Taw 16:34; 2Taw 5:13; 7:3; Ezr 3:11; Mzm 100:5; 106:1; 107:1; 136:1; Yer 33:11. Bersyukurlah kepada TUHAN kerana kebaikan-Nya;
kasih-Nya kekal selama-lamanya.
2Biarlah Israel berkata:
“Kasih-Nya kekal selama-lamanya.”
3Biarlah keturunan Harun berkata:
“Kasih-Nya kekal selama-lamanya.”
4Biarlah mereka yang takut akan TUHAN berkata:
“Kasih-Nya kekal selama-lamanya.”
5Aku berseru kepada TUHAN dalam kesusahan,
TUHAN menjawabku dan meletakkan aku di tempat yang lapang.
6 # Ibr 13:6. TUHAN memihak kepadaku; aku tidak akan takut.
Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku?
7TUHAN menyokongku dalam kalangan mereka yang menolongku.
Oleh itu, aku akan melihat kehendakku berlaku ke atas mereka yang membenciku.
8Lebih baik menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN
daripada meletakkan keyakinan kepada manusia.
9Lebih baik berlindung kepada TUHAN
daripada percaya kepada raja-raja.
10Semua bangsa telah mengepungku,
namun dengan nama TUHAN aku akan memusnahkan mereka.
11Mereka telah mengepungku,
namun dengan nama TUHAN aku akan memusnahkan mereka.
12Mereka telah mengepungku seperti lebah,
mereka dihapuskan seperti api daripada duri; kerana dengan nama TUHAN aku akan memusnahkan mereka.
13Aku ditolak dengan ganas supaya aku tersungkur,
tetapi TUHAN menolongku.
14 # Kel 15:2; Yes 12:2. TUHAN adalah kekuatan dan nyanyianku;
dan Dia telah menjadi penyelamatanku.
15Suara kegembiraan dan penyelamatan
memenuhi perkhemahan orang yang benar: “Tangan kanan TUHAN gagah berani dan menang!
16Tangan kanan TUHAN ditinggikan;
tangan kanan TUHAN gagah berani dan menang!”
17Aku tidak akan mati, aku hidup,
dan mengisytiharkan hasil kerja TUHAN.
18TUHAN telah menghukumku dengan berat,
tetapi Dia tidak membiarkan aku mati.
19Bukakanlah untukku pintu yang benar;
aku akan masuk melaluinya dan akan memuji TUHAN.
20Inilah pintu TUHAN;
orang yang benar akan masuk melaluinya.
21Aku akan memuji-Mu, kerana Engkau telah menjawabku;
dan telah menjadi penyelamatanku.
22 # Luk 20:17; Kis 4:11; 1Ptr 2:7. # Mat 21:42; Mrk 12:10,11. Batu yang telah dibuang oleh pembina
telah menjadi batu penjuru;
23Ini perbuatan TUHAN,
sungguh menakjubkan di mata kita.
24Ini hari yang dijadikan oleh TUHAN;
kita akan bergembira dan bersukacita kerananya.
25 # Mat 21:9; Mrk 11:9; Yoh 12:13. Selamatkanlah sekarang, aku berdoa, ya TUHAN;
ya TUHAN, aku berdoa, hantarlah kemakmuran.
26 # Mat 21:9; 23:39; Mrk 11:9; Luk 13:35; 19:38; Yoh 12:13. Diberkatilah orang yang datang dalam nama TUHAN.
Kami telah memberkatimu dari rumah TUHAN.
27Allah adalah TUHAN,
dan Dia telah memberi kita cahaya.
Ikatlah korban dengan tali ke tanduk mazbah.
28Engkau Allahku, dan aku akan memuji-Mu;
Engkau Allahku, aku akan meninggikan-Mu.
29Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana kebaikan-Nya;
kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya.

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 118: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami