MATIUS 5:7-12 - Bandingkan Semua Versi
MATIUS 5:7-12 BM (Alkitab Berita Baik)
Berbahagialah orang yang mengasihani orang lain, Allah juga akan mengasihani mereka! Berbahagialah orang yang murni hati, mereka akan mengenal Allah! Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia, Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya! Berbahagialah orang yang menderita penganiayaan kerana melakukan kehendak Allah, merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah! Berbahagialah kamu apabila orang menghina, menganiaya, dan memfitnah kamu kerana kamu pengikut-Ku. Nabi-nabi zaman dahulu juga dianiaya seperti itu. Bersukacitalah dan bergembiralah, kerana Allah sudah menyediakan pahala yang besar di syurga untuk kamu.”
MATIUS 5:7-12 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Diberkatilah mereka yang berpengasihan, kerana mereka akan dikasihani juga. Diberkatilah mereka yang suci hati, kerana mereka akan melihat Allah. Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia, kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah. Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran, kerana kerajaan syurga untuk mereka. Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya.”
MATIUS 5:7-12 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Bŭrbahgialah sagala orang yang bŭrhati kasihan: kŭrna marika itulah juga akan mŭndapat kasihan. Bŭrbahgialah sagala orang yang suchi hatinya: kŭrna marika itulah akan mŭmandang Allah. Bŭrbahgialah sagala orang yang mŭndamiekan orang: kŭrna marika itulah akan dinamai anak anak Allah. Bŭrbahgialah sagala orang yang tŭrannyaya sŭbab iya mŭnurut yang bŭnar: kŭrna marika itulah yang mŭmpunyai krajaan shorga. Bŭrbahgialah kamu apabila diumpat orang akan kamu, dan diannyayainya kamu, sŭrta mŭngatakan sagala jŭnis jŭnis pŭrkataan jahat dŭngan bohongnya, iya itu deri sŭbab aku. Bŭrsuka sukalah kamu dŭngan suka chita yang amat sangat: bahwa bŭsarlah fahalamu dalam shorga, kŭrna dŭmkianlah juga sagala nabi nabi yang dahulu dahulu deripada kamu itu pun tŭlah diannyayakan orang adanya.