Matius 5

5
Yang diberkati
1Ketika Yesus melihat orang ramai itu, Dia pun mendaki ke atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglah murid-murid-Nya kepada-Nya. 2Dia pun mula mengajar mereka:
3“Diberkatilah mereka yang miskin kerohanian,
kerana merekalah yang empunya kerajaan syurga.
4 # Yes 61:2. Diberkatilah mereka yang bersedih,
kerana mereka akan terhibur.
5 # Mzm 37:11. Diberkatilah mereka yang lemah lembut,
kerana mereka akan mewarisi bumi ini.
6 # Yes 55:1,2; Sir 24:21. Diberkatilah mereka yang lapar dan dahaga akan perbenaran,#5:6 Istilah ‘perbenaran’ membawa beberapa erti. Salah satu ertinya merujuk kepada tingkah laku seseorang yang hidup selaras dengan kehendak Allah, serta melaksanakan kehendak dan tuntutan-Nya.
kerana mereka akan dipuaskan.
7Diberkatilah mereka yang berpengasihan,
kerana mereka akan dikasihani juga.
8 # Mzm 24:3,4. Diberkatilah mereka yang suci hati,
kerana mereka akan melihat Allah.
9Diberkatilah mereka yang mendamaikan manusia,
kerana mereka akan dipanggil anak-anak Allah.
10 # 1Ptr 3:14. Diberkatilah mereka yang dianiaya demi perbenaran,
kerana kerajaan syurga untuk mereka.
11 # 1Ptr 4:14. Diberkatilah kamu apabila orang menghina, menganiaya dan memfitnahmu dengan segala yang jahat kerana-Ku. 12#2Taw 36:16; Sir 2:8; Kis 7:52.Bersukacita dan bergembiralah, kerana besar ganjaranmu di syurga. Begitu jugalah para nabi zaman dahulu dianiaya.”
Garam dan cahaya
13 # Mrk 9:50; Luk 14:34,35. “Kamu ialah garam bumi. Jika garam menjadi tawar, tidak mungkinlah masin semula. Tidaklah berguna lagi, hanya layak dibuang dan dipijak orang.
14 # Yoh 8:12; 9:5. Kamu ialah cahaya dunia ini. Kota di atas bukit tidak mungkin tersembunyi. 15#Mrk 4:21; Luk 8:16; 11:33.Tiada siapa memasang pelita lalu menyorokkannya di bawah pasu; tentu dia meletakkannya di atas kaki pelita untuk menerangi seisi rumah. 16#1Ptr 2:12.Biarlah cahayamu juga bersinar di hadapan orang ramai, supaya mereka melihat perbuatanmu yang baik lalu memuji Bapamu yang di syurga.”
Yesus dan hukum Taurat
17“Jangan sangka Aku datang untuk menghapuskan Taurat dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskan tetapi untuk menunaikan segala-galanya. 18#Luk 16:17.Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, selagi ada langit dan bumi, satu titik atau huruf yang terkecil pun tidak akan hapus daripada Taurat sebelum semuanya ternyata berlaku. 19Dengan demikian, jika seseorang melanggar hukum yang terkecil pun dan mengajar orang lain melanggarnya, dia akan tergolong antara mereka yang paling rendah dalam kerajaan syurga. Sebaliknya, jika seseorang mematuhi Taurat dan mengajar orang lain turut patuh, dia akan menjadi orang yang mulia dalam kerajaan syurga. 20Maka Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya, kamu tidak akan memasuki kerajaan syurga jika kesalihanmu#5:20 Perkataan, ‘kesalihan’ juga merangkumi erti ‘perbenaran.’ Lihat Mat 3:15 tidak lebih daripada kesalihan ahli Taurat dan orang Farisi.”
21 # Kel 20:13; Ul 5:17. “Kamu telah mendengar ajaran daripada nenek moyang kita: ‘Jangan membunuh. Sesiapa yang membunuh akan dihakimi.’ 22Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang marah terhadap saudaranya akan dihakimi. Sesiapa yang mencaci saudaranya akan dibawa ke hadapan Majlis Agama. Dan sesiapa yang memanggil saudaranya ‘bodoh’ akan dihumbankan ke dalam api neraka. 23Oleh itu, jika kamu sedang meletakkan persembahan kepada Allah di atas mazbah lalu teringat bahawa saudaramu bersanggit hati denganmu, 24tinggalkanlah persembahanmu di depan mazbah, berdamai dahulu dengan saudaramu, kemudian barulah buat persembahanmu.
25Berdamailah dengan orang yang hendak mendakwamu di mahkamah sewaktu kamu masih dalam perjalanan ke situ. Jika tidak, dia akan menyerahkanmu kepada hakim, kemudian hakim menyerahkanmu kepada pegawai dan kamu akan dimasukkan ke dalam penjara. 26Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu bahawa kamu akan meringkuk di dalam penjara hingga kamu menjelaskan semua bayaran.”
Berzina
27 # Kel 20:14; Ul 5:18. “Kamu telah mendengar ajaran ini: ‘Jangan berzina.’ 28Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang memandang seorang wanita dengan berahi, telah berzina dengannya dalam hati. 29#Mat 18:9; Mrk 9:47.Jika mata kananmu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buangkan mata itu. Lebih baik kamu kehilangan satu bahagian tubuhmu daripada seluruh tubuhmu terhumban ke dalam neraka. 30#Mat 18:8; Mrk 9:43.Jika tangan kananmu menyebabkan kamu berdosa, potonglah dan buangkan tangan itu. Lebih baik kamu kehilangan sebelah tanganmu daripada seluruh tubuhmu masuk ke dalam neraka.”
Perceraian
31 # Ul 24:1-4; Mat 19:7; Mrk 10:4. “Ada ajaran demikian: ‘Sesiapa menceraikan isterinya hendaklah memberinya surat cerai.’ 32#Mat 19:9; Mrk 10:11,12; Luk 16:18; 1Kor 7:10,11.Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa yang menceraikan isterinya kecuali kerana zina, menyebabkan wanita tersebut berzina jika berkahwin lagi; dan sesiapa berkahwin dengan wanita yang diceraikan itu, dia berzina.”
Membuat sumpah
33 # Im 19:12. Bil 30:2; Ul 23:21. “Kamu telah mendengar ajaran kepada nenek moyang kita: ‘Jangan bersumpah palsu. Tunaikan sumpahmu kepada Tuhan.’ 34#Yak 5:12. Yes 66:1; Mat 23:22.Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Janganlah bersumpah demi langit, kerana langit itu takhta Allah. 35#Yes 66:1. Mzm 48:2.Jangan bersumpah demi bumi, kerana bumi ini alas kaki-Nya. Atau demi Yerusalem, kerana itu kota Raja Agung, iaitu Allah. 36Demi kepalamu pun jangan, kerana kamu tidak berkuasa memutihkan atau menghitamkan rambutmu walau sehelai. 37Katakan sahaja ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dan kotakan kata itu. Yang lebih daripada itu datang daripada si durjana.”
Mata diganti mata
38 # Kel 21:24; Im 24:20; Ul 19:21. “Kamu telah mendengar ajaran begini: ‘Mata diganti mata, gigi diganti gigi.’ 39Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah membalas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepadamu. Malah jika seseorang menampar pipi kananmu, palinglah pipi kirimu juga terhadapnya. 40Jika seseorang hendak mendakwamu untuk mendapatkan bajumu, berikanlah jubahmu juga. 41Jika sesiapa memaksamu berjalan sebatu dengannya, pergilah dua batu bersamanya. 42Jika seseorang meminta sesuatu daripadamu, berikanlah. Jika seseorang hendak meminjam sesuatu daripadamu, usahlah berpaling daripadanya.”
Mengasihi musuhmu
43 # Sir 12:4-7. “Kamu telah mendengar ajaran yang berikut: ‘Kasihilah sesama manusia dan bencilah musuhmu.’ 44Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan doakan orang yang menganiayamu. 45#Sir 4:10.Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di syurga; kerana Allah menerbitkan matahari untuk orang yang jahat dan orang yang baik. Dia menurunkan hujan untuk orang yang benar dan orang yang tidak benar. 46Jika kamu mengasihi orang yang mengasihimu, apakah ganjaranmu? Bukankah pemungut cukai pun berbuat demikian? 47Jika kamu hanya beramah mesra dengan saudara-saudara selingkungan, apakah kelebihanmu daripada orang lain? Orang yang tidak mengenal Allah pun berbuat demikian. 48#Im 19:2; Ul 18:13.Hendaklah engkau sempurna seperti Bapamu di syurga.”

Terpilih Sekarang Ini:

Matius 5: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami