MATIUS 5:38-48

MATIUS 5:38-48 Alkitab Berita Baik (BM)

“Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Mata ganti mata; gigi ganti gigi.’ Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Jangan balas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepada kamu. Sebaliknya jika seseorang menampar pipi kananmu untuk menghina kamu, biarkanlah dia menampar pipi kirimu juga. Jika seseorang mendakwa kamu di mahkamah untuk menuntut bajumu, berikanlah jubahmu juga. Jika seorang askar penjajah memaksa kamu mengangkat barangnya sejauh satu kilometer, angkatlah barangnya sejauh dua kilometer. Jika seseorang meminta sesuatu daripada kamu, berikanlah apa yang dimintanya. Jika seseorang hendak meminjam sesuatu daripada kamu, pinjamkan apa yang dikehendakinya.” “Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Kasihilah sahabatmu, dan bencilah musuhmu.’ Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu. Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapa kamu yang di syurga, kerana Allah menerbitkan matahari yang dijadikan-Nya untuk orang yang baik dan yang jahat. Dia menurunkan hujan untuk orang yang mentaati Allah dan juga untuk orang yang tidak mentaati-Nya. Patutkah kamu menerima pahala daripada Allah, jika kamu hanya mengasihi orang yang mengasihi kamu? Bukankah para pemungut cukai pun berbuat demikian? Jika kamu hanya beramah-ramahan dengan kawan-kawan kamu, apakah kelebihannya? Orang yang tidak mengenal Allah pun berbuat demikian! Kamu harus mengasihi semua orang, seperti Bapa kamu yang di syurga mengasihi semua orang.”

MATIUS 5:38-48 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

¶ Bahwa kamu tŭlah mŭnŭngar yang tŭlah dikatakan, iya itu Mata ganti mata, dan gigi ganti gigi; Tŭtapi aku bŭrkata padamu, bahwa janganlah angkau mŭlawan akan orang yang jahat, mŭlainkan barang siapa yang mŭnampar pipimu kanan, balikkanlah pula padanya pipi yang lain pun. Dan jika sa’orang mŭndawa dikau dalam hukum deri hal handak mŭngambil bajumu, brikanlah padanya sŭlimutmu pun. Dan barang siapa mŭnggagahi angkau bŭrjalan satu mil jauhnya, maka pŭrgilah sŭrtanya sa’jauh dua mil. Brilah akan orang yang mŭminta padamu, dan jika orang handak mŭminjam barang apa kapadamu, janganlah angkau hŭmpakan dia. ¶ Bahwa kamu tŭlah mŭnŭngar yang tŭlah dikatakan iya itu, patutlah kamu mŭngasihi akan samamu manusia, dan mŭmbŭnchi akan musohmu. Tŭtapi aku bŭrkata kapadamu, kasihlah ulihmu akan musohmu, dan mintakanlah biar slamat sagala orang yang mŭngutoki kamu, dan buatlah baik akan sagala orang yang mŭmbŭnchi kamu, dan mintakanlah doa kapada sagala orang yang bŭrbuat jahat akan kamu, dan yang mŭngannyayai akan kamu. Supaya kamu mŭnjadi anak anak ayahmu yang ada dishorga, kŭrna iya mŭnŭrbitkan mataharinya ka’atas orang yang jahat dan yang baik, dan dituronkannya hujannya ka’atas orang yang adil dan lalim. Kŭrna jikalau kamu kasihi kiranya akan orang yang mŭngasihi kamu, apakah fahala pada kamu? bukankah orang mŭmŭgang chukie pun ada bŭrbuat dŭmkian? Maka jikalau kamu mŭmbri sŭlam kapada sama kaummu sahja, apakah lebihnya pŭrbuatan kamu itu deripada orang lain? bukankah orang mŭmŭgang chukie pun ada bŭrlaku dŭmkian? Maka tŭgal itu, handaklah kamu mŭnjadi samporna spŭrti ayahmu yang ada dishorga itu samporna adanya.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami