MATIUS 5:33-37
MATIUS 5:33-37 Alkitab Berita Baik (BM)
“Kamu sudah mendengar bagaimana nenek moyang kita diajar seperti berikut: ‘Jangan mungkir janji. Lakukanlah apa yang sudah kamu janjikan dengan sumpah di hadapan Tuhan.’ Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Jangan bersumpah sama sekali. Jangan bersumpah demi langit, kerana langit itu takhta Allah, atau demi bumi, kerana bumi itu alas kaki-Nya; atau demi Yerusalem, kerana kota itu kota Allah, Raja yang besar. Jangan bersumpah bahkan demi kepala kamu, kerana kamu tidak berkuasa membuat sehelai rambut menjadi putih ataupun hitam. Cukuplah kamu berkata ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Kata-kata yang lebih daripada itu datangnya daripada Iblis.”

MATIUS 5:33-37 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Dan lagi kamu tŭlah mŭnŭngar pŭrkataan orang dahulu kala, bahwa janganlah angkau bŭrsumpah dusta, mŭlainkan handaklah angkau mŭnyampiekan kapada Tuhan akan pŭrkara sumpahmu itu: Tŭtapi aku bŭrkata kapadamu, janganlah angkau bŭrsumpah skali kali, baik dŭmi shorga, kŭrna iya itu arash Allah adanya; Baik dŭmi bumi, kŭrna iya itu alas kakinya, baik dŭmi Jerusalem, kŭrna iya itu nŭgri raja yang maha bŭsar. Maka janganlah angkau bŭrsumpah dŭmi kapalamu, kŭrna tiada angkau kuasa mŭnjadikan sahlie rambut itu puteh atau hitam. Tŭtapi biarlah pŭrkataanmu itu, Ya, ya; Tidak, tidak: kŭrna barang pŭrkataan yang lebih deripada itu, iya itu deri pada yang jahat adanya.
MATIUS 5:33-37 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Kamu telah mendengar ajaran kepada nenek moyang kita: ‘Jangan bersumpah palsu. Tunaikan sumpahmu kepada Tuhan.’ Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Janganlah bersumpah demi langit, kerana langit itu takhta Allah. Jangan bersumpah demi bumi, kerana bumi ini alas kaki-Nya. Atau demi Yerusalem, kerana itu kota Raja Agung, iaitu Allah. Demi kepalamu pun jangan, kerana kamu tidak berkuasa memutihkan atau menghitamkan rambutmu walau sehelai. Katakan sahaja ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dan kotakan kata itu. Yang lebih daripada itu datang daripada si durjana.”