MATIUS 5:23-26 - Compare All Versions

MATIUS 5:23-26 BM (Alkitab Berita Baik)

Oleh itu, apabila kamu hendak mempersembahkan pemberian di atas mazbah kepada Allah, lalu teringat bahawa saudaramu sakit hati terhadap kamu, tinggalkanlah pemberianmu di hadapan mazbah. Pergilah berdamai dahulu dengan dia, barulah kembali lalu persembahkan pemberian kamu itu kepada Allah. Jika seseorang hendak mendakwa kamu di mahkamah, berdamailah dengan dia selagi ada masa dan sebelum tiba di mahkamah. Jika tidak, orang itu akan menyerahkan kamu kepada hakim, lalu hakim akan menyerahkan kamu kepada polis, kemudian polis akan memenjarakan kamu. Ketahuilah, kamu akan tinggal di penjara sehingga kamu melunaskan semua dendamu.”

MATIUS 5:23-26 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Oleh itu, jika kamu sedang meletakkan persembahan kepada Allah di atas mazbah lalu teringat bahawa saudaramu bersanggit hati denganmu, tinggalkanlah persembahanmu di depan mazbah, berdamai dahulu dengan saudaramu, kemudian barulah buat persembahanmu. Berdamailah dengan orang yang hendak mendakwamu di mahkamah sewaktu kamu masih dalam perjalanan ke situ. Jika tidak, dia akan menyerahkanmu kepada hakim, kemudian hakim menyerahkanmu kepada pegawai dan kamu akan dimasukkan ke dalam penjara. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu bahawa kamu akan meringkuk di dalam penjara hingga kamu menjelaskan semua bayaran.”

MATIUS 5:23-26 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Maka sŭbab itu, apabila angkau mŭmbawakan pŭrsŭmbahanmu kapada tŭmpat pŭrsŭmblihan, maka disana pun jikalau angkau tŭringat bahwa ada saudaramu kŭchil hati akan dikau; Maka biarlah pŭrsŭmbahan itu dihadapan tŭmpat pŭrsŭmblihan, maka pŭrgilah angkau bŭrdamie dahulu dŭngan saudaramu itu, sŭtlah itu maka datanglah angkau pŭrsŭmbahkan pŭrsŭmbahanmu itu. Maka sŭgralah angkau pŭrgi bŭrdamie dŭngan musohmu, slagi angkau ada bŭrsama sama sa’jalan dŭngan dia, supaya jangan barang bila pun baik, disŭrahkannya angkau kapada hakim, maka hakim pula mŭnyŭrahkan dikau kapada mata mata, maka mata mata itu akan mŭmasokkan dikau kadalam pŭnjara. Bahwa sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, maka sŭblom kiranya angkau mŭmbayar hutangmu itu, jikalau bŭrkorangan satu duit pun, nŭschaya tiada angkau bulih kluar deri sana.