MATIUS 26:14-16
MATIUS 26:14-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian seorang daripada dua belas orang pengikut Yesus, yang bernama Yudas Iskariot, pergi kepada para ketua imam. Dia berkata, “Apakah yang akan kamu berikan kepadaku jika aku menyerahkan Yesus kepada kamu?” Mereka mengira tiga puluh keping wang perak lalu menyerahkan wang itu kepadanya. Sejak itu Yudas mencari peluang baik untuk mengkhianati Yesus.
MATIUS 26:14-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka sŭtlah itu pŭrgilah sa’orang deripada dua blas orang murid muridnya itu yang bŭrnama Yuda Iskariot, kapada kapala kapala imam; Sambil bŭrkata padanya, Apa kamu handak bri padaku, supaya aku mŭnyŭrahkan Isa kapadamu? Maka marika itu bŭrjanjilah handak mŭmbri akan dia tiga puloh wang perak. Maka deripada kutika itulah Yudas itu mŭnchari kutika sŭnang, supaya disŭrahkannya Isa.
MATIUS 26:14-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas itu, seorang daripada dua belas murid Yesus, bernama Yudas Iskariot, pergi kepada ketua-ketua imam. Dia berkata kepada mereka, “Apakah yang sanggup kamu berikan kepadaku kalau kuserahkan Dia kepadamu?” Mereka memberinya tiga puluh keping wang perak. Sejak itu dia pun mencari peluang untuk mengkhianati Yesus.