MATIUS 17:14-27

MATIUS 17:14-27 Alkitab Berita Baik (BM)

Apabila Yesus dan ketiga-tiga orang pengikut-Nya kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang dan berlutut di hadapan Yesus. Dia berkata, “Tuan, kasihanilah anak lelaki saya! Dia menderita penyakit gila babi. Serangan sawannya begitu teruk sehingga kerap kali dia jatuh ke dalam air atau api. Saya membawa dia kepada pengikut-pengikut tuan, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya.” Yesus menjawab, “Hai kamu orang yang tidak percaya dan yang sesat! Berapa lamakah Aku harus tinggal bersama-sama kamu? Berapa lamakah Aku harus bersabar terhadap kamu? Bawa anak itu ke mari!” Yesus menengking roh jahat itu, dan roh jahat itu pun keluar daripada anak itu. Pada saat itu juga anak itu sembuh. Kemudian pengikut-pengikut Yesus datang kepada Yesus, dan apabila tidak ada orang lain di situ mereka bertanya, “Mengapakah kami tidak dapat mengusir roh jahat itu?” Yesus menjawab, “Kamu tidak dapat melakukannya, kerana kamu kurang percaya kepada Allah. Ketahuilah! Jika kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada bukit ini, ‘Beralihlah ke sana!’ dan bukit ini akan beralih. Kamu dapat melakukan apa sahaja! [ Tetapi roh jahat semacam ini, hanya dapat diusir dengan doa dan puasa.]” Apabila semua pengikut Yesus berkumpul di Galilea, Yesus berkata kepada mereka, “Tidak lama lagi Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula.” Oleh itu pengikut-pengikut-Nya berdukacita. Apabila Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tiba di Kapernaum, para pemungut cukai Rumah Tuhan datang kepada Petrus dan bertanya, “Adakah guru kamu membayar cukai Rumah Tuhan?” Petrus menjawab, “Tentu sahaja!” Apabila Petrus masuk ke dalam rumah, dan sebelum dia berkata apa-apa, Yesus berkata kepadanya, “Simon, apa pendapatmu? Siapakah yang membayar cukai kepada raja-raja dunia ini? Rakyat atau orang asing?” “Orang asing,” jawab Petrus. “Jika demikian,” kata Yesus, “rakyat tidak perlu membayar. Tetapi janganlah kita singgung perasaan sesiapa pun. Pergilah ke tasik dan pancinglah ikan. Di dalam mulut ikan pertama yang engkau tangkap, engkau akan mendapati sekeping duit syiling yang cukup untuk membayar cukai Rumah Tuhan bagi kita berdua. Ambillah duit itu dan bayarlah cukai kita.”

MATIUS 17:14-27 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

¶ Sŭbarmula apabila sampielah marika itu kapada orang banyak, maka datanglah kapadanya sa’orang bŭrtŭlot mŭnyŭmbah, sambil bŭrkata, Tuhan, kasihankanlah anakku, kŭrna iya itu gila babi, dŭngan mŭrasai sŭngsara yang amat sangat; kŭrna kŭrap kali iya jatoh kadalam api, dan kŭrap kali kadalam ayer. Maka tŭlah hamba bawa akan dia kapada murid muridmu, maka tiadalah dapat marika itu mŭnyŭmbohkan dia. Maka sahut Isa, katanya, Hie bangsa yang korang iman dan tŭrbalik, brapakah lama lagi juga aku akan bŭrsama sama kamu? dan brapa lagi aku akan mŭnahan bodoh kamu? bawalah iya itu kamari kapadaku. Lalu ditŭngking ulih Isa akan jin itu, sahingga kluarlah iya deri dalamnya itu; maka sŭmbohlah budak itu dŭngan skutika itu juga. Maka tŭtkala itu datanglah murid muridnya itu kapada Isa ditŭmpat yang sunyi, lalu bŭrtanya, Apa sŭbabnya kami tiada bulih mŭmbuangkan jin itu? Maka jawab Isa padanya, Itulah sŭbab korang imanmu; kŭrna sasungguhnya aku bŭrkata padamu, jikalau ada kiranya padamu iman sabŭsar biji sŭsawi skalipun, kalau kamu bŭrkata pada bukit, bŭrpindahlah angkau deri sini kŭsana, nŭschaya iya bŭrpindah; maka barang suatu pun tiada mŭnjadi mustahil pada kamu. Tŭtapi deripada jŭnis ini tiada bulih dikluarkan, mŭlainkan dŭngan minta doa dan puasa. ¶ Sŭbarmula maka tŭtkala marika itu tinggal dinŭgri Galilia, maka bŭrkata Isa pada murid muridnya, Bahwa anak manusia akan disŭrahkan katangan manusia; Maka akan dibunoh ulih marika itu akan dia, maka pada hari yang katiga iya akan dihidopkan pula. Maka duka chitalah murid muridnya itu tŭrlalu sangat. ¶ Bŭrmula apabila masoklah marika itu kanŭgri Kapŭrnaum, maka datanglah orang yang mŭmungot blanja ka’abah kapada Petros katanya, Tiadakah guru kamu mŭmbayar blanja itu? Maka jawabnya, Ya. Maka sŭtlah sudah masok Petros kadalam rumah, lalu didahului ulih Isa, katanya, Apakah angkau sangkakan hie Simon, raja raja dalam dunia ini, deripada siapakah iya mŭngambil chukie atau hasil, deripada anak anaknyakah, atau deripada orang kluarankah? Maka jawab Petros padanya, Deripada orang kluaran; maka kata pula Isa padanya, Kalau dŭmkian, bibaslah sagala anak anaknya. Tŭtapi supaya jangan kamu mŭngŭchilkan hatinya, pŭrgilah angkau mŭngail dalam tasik itu, maka ambillah ikan yang dapat mula mula itu, maka apabila angkau bukakan mulotnya, nŭschaya angkau akan mŭndapat satu dŭrham, maka ambillah itu brikan pada marika itu, iya itu jadi bahgianku dan bahgianmu adanya.

MATIUS 17:14-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Setelah Yesus dan ketiga-tiga orang murid-Nya itu kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang berlutut di hadapan-Nya. Lelaki itu berkata, “Tuhan, kasihanilah anakku! Dia menghidap sakit gila babi dan penyakitnya sungguh teruk. Sering kali dia terjatuh ke dalam air atau api. Aku sudah pun membawanya kepada murid-murid-Mu, tetapi mereka tidak dapat menyembuhkannya.” Yesus menjawab, “Hai angkatan yang tidak percaya dan sesat ini. Berapa lama lagikah Aku mesti ada bersamamu? Berapa lama lagikah Aku mesti bersabar denganmu? Bawa anak itu ke sini!” Yesus mengherdik roh iblis itu. Roh iblis itu pun keluar daripada anak itu lalu dia sembuh serta-merta. Para murid Yesus mendapatkan-Nya dan bertanya ketika tiada orang lain di situ, “Mengapa kami tidak dapat menghalau roh iblis itu?” Yesus menjawab, “Ini kerana kepercayaanmu tipis. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada gunung, ‘Beralihlah ke situ!’ maka bukit itu akan beralih. Tidak ada satu pun yang mustahil bagi kamu. Jenis ini hanya dapat dihalau dengan berdoa dan berpuasa.” Ketika semua murid Yesus berhimpun di Galilea, Yesus berkata kepada mereka, “Anak Manusia akan diserahkan kepada manusia. Mereka akan membunuh-Nya, tetapi Dia akan dibangkitkan semula pada hari ketiga.” Mendengar kata-kata itu, para murid Yesus berdukacita. Apabila Yesus dan murid-murid-Nya sampai di Kapernaum, pemungut-pemungut cukai dua dirham datang kepada Petrus lalu bertanya, “Adakah gurumu membayar cukai Bait Suci?” Petrus menjawab, “Tentu sekali.” Sebaik-baik Petrus masuk ke rumah, sebelum dia dapat berkata apa-apa, Yesus bertanya, “Simon, bagaimana pandanganmu, daripada siapakah raja-raja dunia ini memungut cukai, daripada anak-anak mereka atau orang lain?” “Orang lain,” jawab Petrus. “Kalau begitu,” kata Yesus, “anak-anak tidak perlu membayar. Tetapi usahlah kita singgung perasaan orang. Pergilah memancing di laut. Ambillah ikan pertama yang kautangkap, dan bukalah mulutnya. Engkau akan mendapati sekeping duit syiling sebesar empat dirham. Ambillah duit itu dan berikan kepada mereka, untuk-Ku dan untukmu.”