IMAMAT 25:8-11 - Compare All Versions

IMAMAT 25:8-11 BM (Alkitab Berita Baik)

Hitunglah tujuh kali tujuh tahun, iaitu empat puluh sembilan tahun. Kemudian pada hari kesepuluh bulan ketujuh, iaitu Hari Pengampunan Dosa, suruhlah orang meniup trompet di seluruh negeri. Dengan demikian kamu mengekhaskan tahun yang kelima puluh, dan mengisytiharkan kebebasan kepada segenap penduduk negeri. Pada tahun itu, segala harta milik yang sudah dijual mesti dikembalikan kepada pemilik asal atau kepada keturunan pemilik itu. Sesiapa yang sudah dijual sebagai abdi mesti dikembalikan kepada keluarganya. Jangan tanami ladang kamu; jangan tuai gandum yang tumbuh dengan sendirinya di ladang kamu; jangan petik buah anggur dari pokok-pokok anggur yang tidak dipangkas di kebun kamu.

IMAMAT 25:8-11 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Hendaklah kamu menghitung tujuh tahun Sabat, iaitu tujuh kali tujuh tahun sampai tempoh selama empat puluh sembilan tahun. Lalu pada hari kesepuluh pada bulan ketujuh, iaitu Perayaan Hari Pendamaian, hendaklah di seluruh bumimu dikumandangkan bunyi tiupan kuat sangkakala. Hendaklah kamu menjadikan tahun kelima puluh itu suci dengan mengisytiharkan kebebasan bagi seluruh penduduk di setiap ceruk rantau negeri. Tahun itu Tahun Jubli bagimu. Hendaklah masing-masing kembali ke tanah miliknya dan kembali kepada kaumnya. Hendaklah tahun kelima puluh itu menjadi Tahun Pembebasan bagimu. Jangan semai, jangan tuai apa-apa yang tumbuh dengan sendiri, dan jangan petik buah daripada pohon anggur yang tidak dipangkas.