Imamat 25:8-11
Imamat 25:8-11 AVB
Hendaklah kamu menghitung tujuh tahun Sabat, iaitu tujuh kali tujuh tahun sampai tempoh selama empat puluh sembilan tahun. Lalu pada hari kesepuluh pada bulan ketujuh, iaitu Perayaan Hari Pendamaian, hendaklah di seluruh bumimu dikumandangkan bunyi tiupan kuat sangkakala. Hendaklah kamu menjadikan tahun kelima puluh itu suci dengan mengisytiharkan kebebasan bagi seluruh penduduk di setiap ceruk rantau negeri. Tahun itu Tahun Jubli bagimu. Hendaklah masing-masing kembali ke tanah miliknya dan kembali kepada kaumnya. Hendaklah tahun kelima puluh itu menjadi Tahun Pembebasan bagimu. Jangan semai, jangan tuai apa-apa yang tumbuh dengan sendiri, dan jangan petik buah daripada pohon anggur yang tidak dipangkas.

