YUDAS 1:8-16
YUDAS 1:8-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Demikian juga semua orang derhaka itu berkhayal, dan khayalan itu menyebabkan mereka berdosa terhadap tubuh sendiri. Mereka menghina kuasa Allah dan mencaci makhluk-makhluk mulia di syurga. Ketua malaikat, Mikhael, tidak pernah berbuat demikian. Semasa dia bertengkar dengan Iblis tentang siapa yang akan mendapat jenazah Musa, Mikhael tidak berani mengutuk Iblis dengan kata-kata hinaan. Mikhael hanya berkata, “Tuhan menengking kamu!” Tetapi semua orang derhaka itu menghina perkara-perkara yang sama sekali tidak dimengerti oleh mereka. Mereka mengetahui beberapa hal, tetapi seperti binatang yang tidak berakal, mereka mengetahuinya dengan naluri dan hal itulah yang membinasakan mereka. Alangkah malangnya mereka! Mereka telah mengikut jalan yang ditempuh oleh Kain. Untuk mendapat wang, mereka telah membabitkan diri dengan kesesatan, seperti yang dilakukan oleh Bileam. Mereka dibinasakan kerana memberontak seperti Korah. Kehadiran mereka mencemarkan perjumpaan makan bersama dengan saudara-saudara seiman, kerana mereka makan dengan rakus dan hanya mementingkan diri sendiri. Mereka seperti awan yang ditiup angin, tetapi tidak membawa hujan. Mereka juga seperti pokok yang tidak menghasilkan buah walaupun pada musim buah. Mereka seperti pokok yang sudah dicabut dengan akarnya dan mati sama sekali. Mereka seperti ombak ganas di laut, yang membuihkan perbuatan memalukan. Mereka seperti bintang mengembara, yang tempatnya telah disediakan oleh Allah dalam kegelapan yang paling dahsyat untuk selama-lamanya. Henokh, keturunan ketujuh daripada Adam, dahulu pernah bernubuat tentang mereka. Dia berkata, “Lihatlah! Tuhan akan datang dengan beribu-ribu malaikat-Nya yang suci. Dia akan mengadili semua orang. Dia akan menghukum orang derhaka kerana perbuatan derhaka mereka dan kerana semua kata hinaan yang diucapkan mereka terhadap-Nya!” Semua orang itu sentiasa bersungut-sungut dan menyalahkan orang lain. Mereka menuruti nafsu jahat. Mereka memuji-muji diri sendiri dan mengangkat-angkat orang lain untuk mendapat keuntungan.
YUDAS 1:8-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka dŭmkian lagi orang orang pŭmimpi ini mŭnchabulkan dirinya, dan mŭnghinakan pŭngwasaan, dan mŭmfitnahkan sagala orang yang mulia. Tŭtapi Mikal pŭnghulu mŭliekat itu, tŭtkala mŭlawan dŭngan iblis iya bŭrbantah bantah deri hal mayat Musa, maka tiadalah brani mŭndatangkan barang sŭsuatu pŭnudohan hujat atasnya, mŭlainkan katanya, Ditŭngking Tuhan kiranya akan dikau. Tŭtapi orang orang ini mŭnutorkan jahat atas barang pŭrkara yang tiada dikŭtahuinya, mŭlainkan apa yang memang dikŭtahuinya, spŭrti binatang yang tiada bŭrakal; maka dalam pŭrkara pŭrkara itulah marika itu mŭnchŭmarkan dirinya sŭndiri. Karamlah bagie marika itu, kŭrna iya tŭlah mŭnyempang kapada jalan Kain, dan mŭngŭjar dŭngan glojoh akan kŭsalahan Balaam kŭrna upah, dan binasalah iya dalam dŭrhaka Kor. Maka marika itulah chachat adanya dalam sagala pŭrjamuan kasihmu, tŭtkala iya bŭrjamu dŭngan kamulah makan marika itu sŭndiri dŭngan tiada takot; maka marika itulah spŭrti awan awan yang tiada mŭngandong ayer, yang dilayangkan ulih angin bŭrkliling; pohon pohon kayu yang layu buahnya, tiada bŭrbuah dua kali mati, tŭrchabutlah dŭngan akarnya: Ombak ombak laut yang mŭndru, mŭnyŭmborkan malunya sŭndiri; bintang bintang bŭranyut; maka bagienyalah juga ditarohkan kŭlam kabot yang amat hitam slama lamanya. Adapun Inok, katuronan yang katujoh deripada Adam pun tŭlah bŭrnabuat derihal marika itu katanya, Bahwa sŭsungguhnya, Tuhan itu akan datang kŭlak sŭrta dŭngan sa’puloh ribu orang orang salihnya. Akan mŭlŭtakkan hukum atas sagala orang, dan mŭnŭmplakkan sagala orang fasik diantara marika itu, deri hal sagala pŭrbuatannya yang fasik itu yang tŭlah dilakukannya dŭngan fasiknya, dan derihal sagala pŭrkataan yang kras yang dikatakan ulih sagala orang fasik yang bŭrdosa itu mŭlawan akan Inok. Maka marika inilah orang orang yang bŭrsungut, dan mŭngadu, yang mŭnurotkan hawa nafsunya sŭndiri, maka mulotnya mŭngatakan pŭrkara yang mŭgah mŭgah, sŭrta mŭngŭnang ngŭnangkan muka orang, sŭbab bŭrulih fiedahnya.
YUDAS 1:8-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Demikian jugalah sekalian orang itu yang berangan-angan hinggakan mereka melakukan dosa terhadap tubuh badan sendiri. Mereka menghina kekuasaan Allah dan menista para makhluk yang adikudrati. Namun demikian ketua malaikat, Mikhail, tidak berani melafazkan sepatah pun kata nista ketika berbalah dengan Iblis tentang jenazah Musa. Mikhail hanya berkata, “Tuhan murkai kamu!” Sebaliknya, orang itu mencaci hal-hal yang langsung tidak difahami oleh mereka. Ada beberapa perkara yang diketahui mereka, tetapi seperti haiwan yang tidak berakal, mereka hanya mengetahui secara naluri, maka kerana itulah mereka binasa. Malangnya mereka ini! Mereka telah menurut jejak langkah Kain. Seperti Bileam, mereka telah melibatkan diri dengan perbuatan yang sesat, semata-mata untuk mengejar wang. Mereka telah memberontak seperti Korah, maka mereka dimusnahkan. Mereka ini mencemarkan majlis perjamuan kasihmu, kerana mereka seperti gembala yang mencari makanan bagi diri mereka sendiri tanpa segan silu. Mereka seperti awan yang ditiup angin, maka tidak membawa hujan. Mereka ibarat pokok yang tidak berbuah meskipun pada musim buah. Mereka umpama pokok yang telah dicabut dengan akar umbinya dan mengalami dua kali kematian. Mereka laksana ombak ganas di lautan yang membuihkan perbuatan aib. Mereka seperti bintang beredar yang telah ditentukan tempatnya dalam kegelapan yang hitam pekat untuk selama-lamanya. Henokh, keturunan ketujuh daripada Adam, pernah bernubuat tentang mereka: “Lihatlah, Tuhan akan datang dengan ribuan malaikat-Nya yang suci. Dia akan menghakimi seluruh umat manusia dan menghukum orang yang derhaka kerana perbuatan durjana mereka, dan juga semua caci nista orang yang berdosa terhadap-Nya.” Orang sedemikian sentiasa bersungut dan menyalahkan orang lain. Mereka menurut hawa nafsu durjana. Mereka memuji diri sendiri dan mengampu orang tertentu untuk mendapat keuntungan.