IBRANI 11:32-40

IBRANI 11:32-40 Alkitab Berita Baik (BM)

Perlukah aku meneruskannya? Masa tidak cukup bagiku untuk bertutur tentang Gideon, Barak, Simson, Yefta, Daud, Samuel, dan nabi-nabi. Kerana beriman, mereka mengalahkan negeri-negeri. Mereka melakukan apa yang benar. Oleh itu mereka menerima apa yang dijanjikan oleh Allah. Mereka menutup mulut singa, memadamkan api yang dahsyat, dan menyelamatkan diri daripada tikaman pedang. Mereka lemah, tetapi menjadi kuat; mereka perkasa dalam peperangan dan mengalahkan pasukan-pasukan bangsa asing. Kerana beriman, kaum wanita mendapat kembali sanak keluarga yang sudah dibangkitkan daripada kematian. Ada pula yang rela diseksa sampai mati, dan menolak untuk dibebaskan, kerana ingin dihidupkan kembali bagi kehidupan yang lebih baik. Ada yang diolok-olok dan dicambuk. Ada juga yang dirantai dan dipenjarakan. Ada yang direjam sehingga mati, ada yang dipotong menjadi dua dengan gergaji, dan ada pula yang dibunuh dengan pedang. Mereka mengembara dengan berpakaian kulit domba atau kambing. Mereka miskin, dianiaya, dan diseksa. Dunia ini bukan tempat yang layak bagi mereka. Mereka mengembara seperti pelarian di padang gurun dan di bukit-bukit. Mereka tinggal di dalam gua dan lubang-lubang di tanah. Alangkah besarnya kejayaan yang dicapai oleh semua orang itu kerana iman mereka! Namun mereka tidak menerima apa yang dijanjikan oleh Allah, kerana Allah mempunyai rancangan yang lebih baik bagi kita. Dia merancang bahawa hanya bersama-sama kita, mereka akan menjadi sempurna.

IBRANI 11:32-40 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Dan apakah juga lagi yang patut kukatakan? kŭrna waktu suntok padaku akan mŭnchŭrtrakan derihal Gedion, dan Barak, dan Samson, dan Jeftha, dan Daud; danlagi pula Samuel, dan sagala nabi nabi. Kŭrna deri sŭbab iman itu juga marika itu tŭlah mŭngalahkan krajaan, dan mŭlakukan pŭrbuatan yang adil, dan mŭndapat pŭrjanjian pŭrjanjian, dan mŭnutopkan mulot singa; Dah mŭmadamkan gagah api, dan tŭrlŭpaslah dirinya deripada mata pŭdang, deripada lŭmah mŭnjadi kuat, dan mŭnjadi pŭrkasa dalam pŭprangan, dan mŭngalahkan bŭlatŭntara orang dagang. Shahadan pŭrampuan pŭrampuan pun tŭlah mŭndapati orang orangnya yang tŭlah mati itu hidop pula, dan yang lain lain pula diseksainya, tiada mahu mŭnŭrima kalŭpasannya, supaya iya kŭlak mŭndapati kŭbangkitan yang tŭrlebih baik. Dan ada pula yang lain yang tŭlah kŭna pŭrchobaan dŭngan maki dan sŭsah, bahkan, tambahan pula blunggu dan pŭnjara pun. Maka marika itu tŭlah dirŭjamkan, dan ada yang dibŭlah dua dŭngan gŭrgaji, dan kŭna pŭrchobaan, dan dibunoh dŭngan pŭdang, dan bŭranyutlah dŭngan mŭmakie kulit domba dan kulit kambing; maka sŭbab kŭpapaannya, sŭbab kasusahannya, dan sŭbab sŭngsaranya, Tiadalah layak dunia ini mŭndapati marika itu, maka sŭsat baratlah marika itu dipadang bŭlantara, dan gunong gunong, dan gua gua, dan lobang lobang tanah. Adapun sagala marika itulah yang tŭlah mŭndapat sŭbutan yang baik sŭbab imannya, tŭtapi tiadalah marika itu juga mŭndapat akan pŭrjanjian itu; Kŭrna Allah tŭlah mŭnyŭdiakan barang yang tŭrlebih baik bagie kami, supaya marika itu kŭlak dŭngan tiada kita, tiadalah bulih dijadikan samporna.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami