Apa lagi yang harus kukatakan? Aku kesuntukan waktu untuk bercerita tentang Gideon, Barak, Simson, Yefta, Daud, Samuel dan nabi-nabi, yang melalui iman telah menaklukkan kerajaan, menegakkan keadilan, mendapatkan janji, menutup mulut singa, memadamkan api yang ganas, terselamat daripada mata pedang, menjadi kuat dalam kelemahan, perkasa dalam peperangan, dan mengusir tentera-tentera asing. Ada wanita yang mendapat kembali ahli keluarganya yang telah mati dan dihidupkan semula. Ada orang yang diseksa tetapi tidak mahu diselamatkan kerana mereka ingin mendapat kebangkitan yang lebih baik. Setengah-setengahnya pula menghadapi dugaan dengan diejek, dipukul, dirantai dan dipenjarakan. Mereka direjam dengan batu, digergaji putus dua dan dibunuh dengan pedang. Mereka merayau-rayau berpakaian kulit kambing dalam keadaan papa, menderita, terseksa — dunia tidak layak menampung mereka. Mereka merayau-rayau di gurun dan gunung-ganang, di gua-gua serta lubang-lubang di tanah. Semua mereka ini, sungguhpun mendapat kesaksian yang baik melalui iman, tidak menerima janji itu. Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita, supaya mereka tidak disempurnakan tanpa kita.
Baca Ibrani 11
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Ibrani 11:32-40
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video