HAGAI 2:20-23 - Compare All Versions

HAGAI 2:20-23 BM (Alkitab Berita Baik)

Pada hari itu juga, hari kedua puluh empat bulan kesembilan, TUHAN memberikan perkhabaran yang kedua kepada Hagai, untuk disampaikan kepada Zerubabel, gabenor Yehuda. TUHAN berfirman, “Tidak lama lagi Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, menjatuhkan kerajaan, dan menghancurkan kuasa mereka. Aku akan menunggangbalikkan kereta-kereta kuda dengan pengemudinya; semua kuda akan mati dan penunggang-penunggangnya akan saling membunuh. Pada hari itu, hai Zerubabel, hamba-Ku, Aku akan melantik engkau untuk memerintah demi nama-Ku, kerana engkaulah yang sudah Aku pilih.” Demikianlah firman TUHAN Yang Maha Kuasa.

HAGAI 2:20-23 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Maka datanglah firman TUHAN buat kali keduanya kepada Hagai pada hari kedua puluh empat dalam bulan itu yang berbunyi: “Katakanlah begini kepada Zerubabel, pembesar Yehuda: Aku akan menggoncangkan langit dan bumi. Dan Aku akan menggulingkan raja-raja dari takhta mereka; Aku akan memusnahkan kekuasaan kerajaan bangsa-bangsa dan akan menterbalikkan rata dan pengendalinya; kuda dan pengendalinya akan rebah dan mati, masing-masing oleh pedang temannya. Pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN alam semesta, Aku akan mengambil engkau, wahai Zerubabel anak Sealtiel, hamba-Ku, demikianlah firman TUHAN, dan akan menjadikan engkau seperti cincin mohor; kerana Aku telah memilih kamu, demikianlah firman TUHAN alam semesta.”