Hagai 2:20-23

Hagai 2:20-23 AVB

Maka datanglah firman TUHAN buat kali keduanya kepada Hagai pada hari kedua puluh empat dalam bulan itu yang berbunyi: “Katakanlah begini kepada Zerubabel, pembesar Yehuda: Aku akan menggoncangkan langit dan bumi. Dan Aku akan menggulingkan raja-raja dari takhta mereka; Aku akan memusnahkan kekuasaan kerajaan bangsa-bangsa dan akan menterbalikkan rata dan pengendalinya; kuda dan pengendalinya akan rebah dan mati, masing-masing oleh pedang temannya. Pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN alam semesta, Aku akan mengambil engkau, wahai Zerubabel anak Sealtiel, hamba-Ku, demikianlah firman TUHAN, dan akan menjadikan engkau seperti cincin mohor; kerana Aku telah memilih kamu, demikianlah firman TUHAN alam semesta.”