KEJADIAN 2:20-23 - Compare All Versions
KEJADIAN 2:20-23 BM (Alkitab Berita Baik)
Manusia itu memberikan nama kepada semua binatang dan burung, tetapi tiada satu pun antaranya dapat menjadi teman yang sesuai untuk menolong dia. Kemudian TUHAN Allah menyebabkan manusia itu tidur dengan nyenyak. Sementara dia terlena, TUHAN mengeluarkan satu daripada tulang rusuk manusia itu, lalu menutupnya semula dengan daging. Daripada tulang rusuk itu, Allah membentuk seorang perempuan, lalu membawanya kepada lelaki itu. Kemudian lelaki itu berkata, “Inilah dia, orang yang sama dengan aku – tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku. Aku namakan dia perempuan, kerana dia diambil daripada lelaki.”
KEJADIAN 2:20-23 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Maka manusia itu menamakan segala ternakan, burung-burung di udara, dan segala haiwan di padang, namun begitu, bagi dirinya sendiri manusia itu tiada seorang pun penolong yang sepadan baginya. Maka TUHAN Allah membuat manusia itu tertidur dengan lena dan sewaktu itulah Dia mengambil sebatang tulang rusuknya lalu menutup ruang lama tulang itu dengan daging. Daripada tulang rusuk yang diambil-Nya daripada manusia itu TUHAN Allah membentuk seorang perempuan lalu membawanya kepada manusia itu. Berkatalah manusia itu, “Ini dia! Tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku. Dia akan dipanggil Perempuan kerana dia diambil daripada Lelaki.”