Kejadian 2:20-23
Kejadian 2:20-23 AVB
Maka manusia itu menamakan segala ternakan, burung-burung di udara, dan segala haiwan di padang, namun begitu, bagi dirinya sendiri manusia itu tiada seorang pun penolong yang sepadan baginya. Maka TUHAN Allah membuat manusia itu tertidur dengan lena dan sewaktu itulah Dia mengambil sebatang tulang rusuknya lalu menutup ruang lama tulang itu dengan daging. Daripada tulang rusuk yang diambil-Nya daripada manusia itu TUHAN Allah membentuk seorang perempuan lalu membawanya kepada manusia itu. Berkatalah manusia itu, “Ini dia! Tulang daripada tulangku, dan daging daripada dagingku. Dia akan dipanggil Perempuan kerana dia diambil daripada Lelaki.”



