KELUARAN 23:20-26
KELUARAN 23:20-26 Alkitab Berita Baik (BM)
“Aku akan mengutus malaikat-Ku mendahului kamu untuk melindungi kamu dalam perjalanan dan membawa kamu ke tempat yang telah Aku sediakan. Dengarkanlah dan taatilah dia. Jangan berontak terhadap dia kerana dia utusan-Ku. Dia tidak akan mengampunkan pemberontakan yang demikian. Tetapi jika kamu taat kepadanya dan melakukan segala perintah-Ku, Aku akan berperang menentang semua musuh kamu. Malaikat-Ku akan mendahului kamu serta membawa kamu ke negeri orang Amori, Het, Feris, Kanaan, Hewi, dan Yebusi; Aku akan membinasakan mereka. Jangan sujud atau sembah kepada tuhan-tuhan mereka. Jangan tiru cara mereka bersembahyang. Hancurkanlah tuhan-tuhan mereka dan patahkan tiang-tiang batu yang digunakan mereka untuk beribadat. Jika kamu menyembah Aku TUHAN, Allah kamu, Aku akan memberkati kamu dengan makanan serta minuman, dan menghapuskan segala penyakit kamu. Di negeri kamu, tiada perempuan yang akan keguguran atau mandul. Aku akan mengurniakan usia panjang kepada kamu.
KELUARAN 23:20-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Sesungguhnya, Aku mengutus malaikat-Ku berjalan di hadapanmu untuk melindungimu di jalan dan untuk membawamu ke tempat yang telah Kusediakan. Dengarlah dan patuhilah kata-katanya kerana nama-Ku ada dalam dia. Maka jangan menderhaka kepadanya kerana dia tidak akan mengampunkan pelanggaranmu. Tetapi jika kamu betul-betul mentaati kata-katanya dan melakukan semua yang Kufirmankan, maka Aku akan memusuhi para musuhmu dan melawan para lawanmu. Malaikat-Ku akan berjalan di depanmu dan membawamu ke negeri bani Amori, bani Het, bani Feris, bani Kanaan, bani Hewi, serta bani Yebus, dan Aku akan memusnahkan mereka sama sekali. Jangan sujud menyembah tuhan mereka atau beribadat kepadanya, dan jangan ikuti kelakuan mereka. Sebaliknya, kamu hendaklah meruntuhkan semua itu sama sekali juga menghancurkan semua tiang berhala mereka. Beribadatlah kepada TUHAN, Allahmu, maka Dia akan memberkati rotimu dan airmu. Aku akan menyingkirkan penyakit dari antara kamu. Tidak akan ada seorang perempuan pun yang keguguran atau yang mandul di negerimu. Aku akan menggenapkan jumlah umurmu.