“Sesungguhnya, Aku mengutus malaikat-Ku berjalan di hadapanmu untuk melindungimu di jalan dan untuk membawamu ke tempat yang telah Kusediakan. Dengarlah dan patuhilah kata-katanya kerana nama-Ku ada dalam dia. Maka jangan menderhaka kepadanya kerana dia tidak akan mengampunkan pelanggaranmu. Tetapi jika kamu betul-betul mentaati kata-katanya dan melakukan semua yang Kufirmankan, maka Aku akan memusuhi para musuhmu dan melawan para lawanmu. Malaikat-Ku akan berjalan di depanmu dan membawamu ke negeri bani Amori, bani Het, bani Feris, bani Kanaan, bani Hewi, serta bani Yebus, dan Aku akan memusnahkan mereka sama sekali. Jangan sujud menyembah tuhan mereka atau beribadat kepadanya, dan jangan ikuti kelakuan mereka. Sebaliknya, kamu hendaklah meruntuhkan semua itu sama sekali juga menghancurkan semua tiang berhala mereka. Beribadatlah kepada TUHAN, Allahmu, maka Dia akan memberkati rotimu dan airmu. Aku akan menyingkirkan penyakit dari antara kamu. Tidak akan ada seorang perempuan pun yang keguguran atau yang mandul di negerimu. Aku akan menggenapkan jumlah umurmu.
Baca Keluaran 23
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Keluaran 23:20-26
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video