EFESUS 5:8-20

EFESUS 5:8-20 Alkitab Berita Baik (BM)

Dahulu kamu hidup dalam kegelapan, tetapi sekarang kamu telah menjadi umat Tuhan, maka kamu hidup dalam cahaya. Itulah sebabnya kamu mesti hidup seperti orang yang hidup dalam cahaya, kerana cahaya itulah yang menyebabkan orang melakukan segala sesuatu yang baik, adil, dan tulus. Berusahalah untuk melakukan apa yang menyenangkan hati Tuhan. Janganlah lakukan perbuatan tidak berguna, yang biasa dilakukan oleh orang yang hidup dalam kegelapan. Sebaliknya, kamu harus mendedahkan perkara-perkara itu. ( Sebenarnya hal-hal yang dilakukan mereka dengan diam-diam amat memalukan untuk dipercakapkan.) Segala sesuatu akan kelihatan dengan jelas, apabila disinari cahaya, kerana segala sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas, adalah cahaya. Itulah sebabnya dikatakan, “Bangunlah, hai kamu yang tidur, dan bangkitlah daripada kematian! Kristus akan menyinari kamu.” Oleh itu, perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak. Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik, gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat. Janganlah bertindak bodoh, tetapi berusahalah untuk mengetahui apa yang dikehendaki Tuhan bagi kamu. Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah. Gunakanlah kata-kata daripada mazmur, nyanyian puji-pujian, dan lagu rohani dalam percakapan kamu. Nyanyikanlah puji-pujian dan mazmur kepada Tuhan dengan hati yang gembira. Hendaklah kamu sentiasa bersyukur kepada Allah Bapa bagi segala sesuatu, demi nama Yesus Kristus Tuhan kita.

EFESUS 5:8-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Kŭrna dahulu kamu ini ada dalam glap, tŭtapi skarang kamu sudah trang dŭngan bŭrkat Tuhan: maka bŭrjalanlah kamu spŭrti anak anak trang. Kŭrna buah buahan Roh itu nyatalah dŭngan sagala kabajikan, dan ka’adilan, dan kabŭnaran. Sŭrta nyatakanlah barang pŭrkara yang ditrima ulih Tuhan. Maka janganlah kamu sŭdaya dŭngan pŭrbuatan yang glap yang tiada mŭmbri buah itu, tŭtapi tŭrlŭbih baik kamu mŭnŭgorkan dia. Kŭrna malulah adanya, jikalau disŭbutkan barang pŭrkara yang dipŭrbuat ulih marika itu dŭngan tŭrsŭmbunyi skalipun. Tŭtapi sagala pŭrkara yang patut ditŭgorkan itu, iya itu tŭlah dinyatakan ulih trang, kŭrna sagala sŭsuatu yang mŭnyatakan iya itulah trang adanya. Maka sŭbab itulah Allah bŭrfŭrman, Bangunlah angkau hie pŭnidor, dan bŭrbangkitlah deripada mati, maka Almasih kŭlak akan mŭnŭrangkan kamu. Skarang tengoklah, supaya kamu bŭrjalan dŭngan hematnya, bukannya spŭrti orang gila, mŭlainkan spŭrti orang bŭrakal. Tŭbuslah akan waktu, sŭbab kŭrna masa masanya itu jahat adanya. Sŭbab itu janganlah kamu bodoh, mŭlainkan handaklah kamu mŭngarti apakah kahandak Tuhan itu. Dan janganlah kamu mabok dŭngan minum anggor, sŭbab tŭrlampaulah adanya, tŭtapi handaklah kamu bŭrpŭnoh dŭngan Roh. Bŭrkata katalah kamu sa’orang akan sa’orang dŭngan mŭnyanyi mazmor, dan tahlil, dan shayer rohani; bŭrnyanyilah dan bŭrlagulah dalam hati kamu bagie Tuhan. Mŭnguchap shukorlah sŭntiasa kapada Allah Ayah itu, ulih sŭbab sagala pŭrkara dŭngan bŭrkat nama Tuhan kami Isa Almasih

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami