EFESUS 5:7-11 - Compare All Versions
EFESUS 5:7-11 BM (Alkitab Berita Baik)
Oleh itu janganlah sekali-kali berhubungan dengan orang semacam itu. Dahulu kamu hidup dalam kegelapan, tetapi sekarang kamu telah menjadi umat Tuhan, maka kamu hidup dalam cahaya. Itulah sebabnya kamu mesti hidup seperti orang yang hidup dalam cahaya, kerana cahaya itulah yang menyebabkan orang melakukan segala sesuatu yang baik, adil, dan tulus. Berusahalah untuk melakukan apa yang menyenangkan hati Tuhan. Janganlah lakukan perbuatan tidak berguna, yang biasa dilakukan oleh orang yang hidup dalam kegelapan. Sebaliknya, kamu harus mendedahkan perkara-perkara itu. (
EFESUS 5:7-11 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Oleh itu, janganlah kamu sepakat dengan mereka. Kerana dahulu kamu gelap tetapi sekarang sudah menjadi cahaya dalam Tuhan. Hiduplah sebagai anak-anak cahaya (kerana yang dihasilkan oleh cahaya terdapat dalam segala yang baik, wajar dan benar), maka kajilah apa yang diredai oleh Tuhan. Jangan bersubahat dengan perbuatan gelap yang tidak berfaedah, sebaliknya dedahkan perbuatan itu.
EFESUS 5:7-11 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Maka sŭbab itulah jangan kamu tŭrmasok masok dŭngan dia. Kŭrna dahulu kamu ini ada dalam glap, tŭtapi skarang kamu sudah trang dŭngan bŭrkat Tuhan: maka bŭrjalanlah kamu spŭrti anak anak trang. Kŭrna buah buahan Roh itu nyatalah dŭngan sagala kabajikan, dan ka’adilan, dan kabŭnaran. Sŭrta nyatakanlah barang pŭrkara yang ditrima ulih Tuhan. Maka janganlah kamu sŭdaya dŭngan pŭrbuatan yang glap yang tiada mŭmbri buah itu, tŭtapi tŭrlŭbih baik kamu mŭnŭgorkan dia.