EFESUS 5:3-4,11
EFESUS 5:3-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana kamu umat Allah, tidak sepatutnya perbuatan yang cabul atau tidak senonoh, ataupun ketamakan berlaku antara kamu, supaya orang tidak mempunyai alasan untuk mengumpat kamu. Kamu juga tidak patut menggunakan kata-kata yang lucah, cabul, atau tidak senonoh. Sebaliknya kamu harus bersyukur kepada Allah.
EFESUS 5:11 Alkitab Berita Baik (BM)
Janganlah lakukan perbuatan tidak berguna, yang biasa dilakukan oleh orang yang hidup dalam kegelapan. Sebaliknya, kamu harus mendedahkan perkara-perkara itu. (
EFESUS 5:3-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi zinah, dan sagala pŭrbuatan nŭjis atau tŭmaa itu, janganlah skali kali dibabitkan orang kamu, sŭbab gŭlaran kamu orang salih. Baik pŭrkataan kotor, atau bodoh, atau jŭnaka yang tiada bŭrpatutan, mŭlainkan tŭrlebih baik mŭnguchap shukor.
Efesus 5:11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka janganlah kamu sŭdaya dŭngan pŭrbuatan yang glap yang tiada mŭmbri buah itu, tŭtapi tŭrlŭbih baik kamu mŭnŭgorkan dia.
EFESUS 5:3-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi perbuatan cabul dan segala kecemaran atau tamak haloba, jangan disebut pun dalam kalanganmu, kerana demikianlah sepatutnya bagi orang salih. Jauhi kekotoran, percakapan tidak berakal dan lawak jenaka lucah, kerana segala ini tidak wajar, sebaliknya eloklah kamu mengucapkan kata-kata kesyukuran.