KISAH RASUL-RASUL 1:4-5
KISAH RASUL-RASUL 1:4-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila mereka berkumpul, Yesus memberikan arahan ini kepada mereka, “Janganlah tinggalkan Yerusalem, tetapi tunggulah pemberian yang sudah dijanjikan oleh Bapa-Ku, dan yang sudah Aku beritahukan kamu dahulu. Yohanes membaptis kamu dengan air, tetapi beberapa hari lagi kamu akan dibaptis dengan Roh Allah.”
KISAH RASUL-RASUL 1:4-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tŭngah iya bŭrhimpun sŭrta dŭngan marika itu, maka dipŭsannya, bahwa janganlah marika itu mŭninggalkan Jerusalem, mŭlainkan nantikanlah pŭrjanjian Ayah yang tŭlah kamu mŭnŭngar deripadaku itu. Kŭrna sungguh pun Yahya tŭlah mŭmbaptisakan dŭngan ayer, tŭtapi kamu ini akan dibaptisakan pula dŭngan Roh Alkudus kŭlak tiada brapa hari kumdian.
KISAH RASUL-RASUL 1:4-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada suatu hari ketika Yesus bersama mereka, Dia berpesan supaya mereka jangan meninggalkan Yerusalem. Kata-Nya, “Haruslah kamu menantikan apa yang dijanjikan Bapa, dan yang telah kamu dengar daripada-Ku; kerana Yohanes telah membaptis orang dengan air, tetapi kamu akan dibaptiskan dengan Roh Kudus tidak berapa lama lagi.”