Kisah Para Rasul 1

1
Yesus dinaikkan ke syurga
1 # Luk 1:1-4. Kepada Teofilus, dahulu dalam kitabku yang pertama aku telah menceritakan segala yang dilakukan dan diajarkan oleh Yesus, 2dari awal pelayanan-Nya hingga ke hari Dia diangkat ke syurga. Sebelumnya, Dia telah memberikan perintah melalui Roh Kudus kepada para rasul yang telah dipilih-Nya. 3Dia telah menampakkan diri-Nya dalam keadaan hidup kepada mereka selepas kesengsaraan-Nya dengan banyak keterangan sahih. Mereka melihat-Nya selama empat puluh hari, dan Dia bercakap tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kerajaan Allah. 4#Luk 24:49.Pada suatu hari ketika Yesus bersama mereka, Dia berpesan supaya mereka jangan meninggalkan Yerusalem. Kata-Nya, “Haruslah kamu menantikan apa yang dijanjikan Bapa, dan yang telah kamu dengar daripada-Ku; 5#Mat 3:11; Mrk 1:8; Luk 3:16; Yoh 1:33.kerana Yohanes telah membaptis orang dengan air, tetapi kamu akan dibaptiskan dengan Roh Kudus tidak berapa lama lagi.”
6Oleh itu, ketika mereka berhimpun, mereka pun bertanya kepada Yesus, “Ya Tuhan, pada masa inikah Tuhan mengembalikan kerajaan ini kepada bangsa Israel?”
7Dia berkata kepada mereka, “Tidaklah diberi bagi kamu mengetahui waktu atau saat yang sudah ditetapkan oleh Bapa dalam kekuasaan-Nya sendiri. 8#Mat 28:19; Mrk 16:15; Luk 24:47,48.Tetapi kamu akan menerima kuasa apabila Roh Kudus datang ke atasmu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi.” 9#Mrk 16:19; Luk 24:50,51.Setelah Dia berkata demikian, di hadapan mata mereka Dia diangkat lalu disambut awan dan lenyap daripada pandangan mereka.
10Sedang mereka merenung ke langit ketika Dia diangkat, tiba-tiba dua orang yang berpakaian putih berdiri di samping mereka. 11Orang itu berkata, “Wahai orang Galilea, mengapa kamu berdiri memandang ke langit? Sebagaimana Yesus telah diangkat ke syurga daripada kalanganmu, begitu jugalah Dia datang kelak.”
Matias dipilih menggantikan Yudas
12Setelah itu, para rasul pun kembali ke Yerusalem dari bukit bernama Zaitun yang dekat dengan kota itu, jaraknya perjalanan sehari Sabat. 13#Mat 10:2-4; Mrk 3:16-19; Luk 6:14-16.Setibanya mereka di Yerusalem, mereka naik ke bilik atas tempat mereka menumpang. Mereka ialah Petrus, Yohanes, Yakobus, Andreas; Filipus dan Tomas, Bartolomeus, Matius, Yakobus anak Alfeus, dan Simon, orang Patriot; serta Yudas anak Yakobus. 14Mereka semuanya dengan sehati terus-menerus berdoa, bersama orang perempuan dan Maria ibu Yesus, serta saudara-saudara-Nya.
15Pada masa itu Petrus berdiri dalam kalangan murid Yesus (kesemuanya yang berhimpun kira-kira seratus dua puluh orang) lalu berkata, 16“Saudara-saudara, pastilah terlaksana Kitab Suci yang dahulu disampaikan oleh Roh Kudus melalui lidah Daud tentang Yudas, yang menjadi panduan kepada orang yang menangkap Yesus. 17Dia telah dianggap sebahagian daripada kita dan diberi jawatan dalam pekerjaan kita ini.”
18 # Mat 27:3-8. (Dia memperoleh sekeping tanah dengan upah durjananya; dia jatuh terjerumus, bahagian pertengahan tubuhnya pecah dan segala isi perutnya terburai. 19Seluruh penduduk Yerusalem mendapat tahu hal itu lalu menamakan tanah itu Hakal Dama dalam bahasa mereka, iaitu Tanah Darah.)
20 # Mzm 69:25. Mzm 109:8. “Sudah tersurat dalam kitab Mazmur,
‘Biarlah tempat kediamannya menjadi sepi;
Dan jangan sesiapa pun tinggal di situ,’ dan,
‘Biarlah orang lain mengambil jawatannya.’
21 # Mat 3:16; Mrk 1:9; Luk 3:21. Mrk 16:19; Luk 24:51. Oleh itu, antara orang yang telah berserta dengan kita sepanjang masa Tuhan Yesus, keluar masuk bersama kita, 22dari masa Yesus dibaptiskan oleh Yohanes sampailah ke hari Dia diangkat naik daripada kalangan kita, seorang daripada mereka haruslah menjadi saksi di samping kita tentang kebangkitan-Nya.”
23Mereka mencadangkan dua orang: Yusuf yang juga dipanggil Barsabas (juga dikenali sebagai Yustus), dan Matias. 24Mereka pun berdoa, “Ya Tuhan yang mengetahui hati sekalian manusia, tunjukkanlah yang mana antara dua orang ini Engkau pilih 25untuk memegang jawatan ini serta menjalankan kerja kerasulan bagi menggantikan Yudas; sebabnya Yudas telah meninggalkan jawatan dan pekerjaan ini untuk pergi ke tempat yang wajar baginya.” 26Mereka membuang undi lalu terkena kepada Matias. Dia pun diambil menyertai sebelas rasul itu.

Terpilih Sekarang Ini:

Kisah Para Rasul 1: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami