2 TIMOTIUS 3:14-15
2 TIMOTIUS 3:14-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi Timotius, hendaklah engkau tetap berpegang kepada ajaran benar yang sudah diajarkan kepadamu dan yang engkau percayai dengan sepenuhnya. Engkau mengetahui siapa guru-gurumu dahulu, dan sejak kecil lagi engkau telah mengenal Alkitab. Alkitab itu boleh memberi engkau kebijaksanaan untuk mendapat penyelamatan melalui iman kepada Kristus Yesus.
2 TIMOTIUS 3:14-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi tŭtaplah angkau dalam sagala pŭrkara yang tŭlah angkau pŭlajari, dan yang tŭlah diamanatkan padamu, kŭrna angkau tŭlah mŭngatahui deripada siapakah yang tŭlah angkau blajar itu. Bahwa deripada masa lagi kanak kanak, angkau tŭlah mŭngatahui kitab yang suchi itu, yang chakap mŭnjadikan angkau bijaksana bagie slamat kŭkal dŭngan bŭrimankan Isa Almasih.
2 TIMOTIUS 3:14-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi kamu mestilah terus berpegang kepada segala yang telah kamu pelajari dan yakini, kerana kamu tahu daripada siapa segalanya telah kamu pelajari, dan sejak kecil kamu telah mengenal Kitab Suci yang dapat memberimu kebijaksanaan untuk diselamatkan melalui iman dalam Kristus Yesus.