2 Timotius 3

3
Kemungkaran pada akhir zaman
1Ketahuilah, bahawa pada akhir zaman, akan datang suatu masa yang sukar. 2Manusia akan menjadi pencinta diri, pencinta wang, bercakap besar, berlagak bongkak, mencaci maki, ingkar terhadap ibu bapa, tidak bersyukur, tidak suci, 3tidak mengasihi, tidak mengampuni, suka memfitnah, tidak menguasai diri, buas dan pembenci kebaikan, 4khianat, gopoh, angkuh, serta lebih mencintai keseronokan daripada mengasihi Allah. 5Mereka menjalankan kewajipan agama#3:5 Atau: Mereka kelihatan seolah-olah bersikap keagamaan. tetapi menyangkal kuasanya. Jauhilah orang demikian. 6Dalam kalangan mereka ada yang masuk secara rahsia ke rumah orang dan memerangkap perempuan lemah, yang dibebani dosa serta dipengaruhi pelbagai keinginan. 7Perempuan-perempuan ini sentiasa belajar tetapi tidak menerima kebenaran. 8#Kel 7:11.Sebagaimana Yanes dan Yambres melawan Musa dahulu, demikianlah orang ini menentang ajaran yang benar — mereka tidak berfikiran waras dan telah menyeleweng daripada iman sebenar. 9Namun mereka tidak akan berjaya lebih jauh lagi, kerana semua orang akan menyedari kebodohan mereka, seperti halnya dengan Yanes dan Yambres dahulu.
Perintah Paulus untuk Timotius
10Tetapi kamu telah mengikut dengan penuh hemat segala ajaranku, cara hidupku, tujuan hidupku, imanku, kesabaranku, kasihku dan ketabahanku. 11#Kis 13:14-52. Kis 14:1-7. Kis 14:8-20.Engkau telah melihat penganiayaan dan kesengsaraan serta segala yang menimpaku di Antiokhia, Ikonium dan Listra — betapa penganiayaan yang kutanggung. Akan tetapi, Tuhan telah menyelamatkanku daripada semuanya itu. 12Memang, semua orang yang ingin hidup warak dalam Kristus Yesus akan dianiaya. 13Orang durjana dan penipu akan bertambah durjana, memperdaya serta diperdaya. 14Tetapi kamu mestilah terus berpegang kepada segala yang telah kamu pelajari dan yakini, kerana kamu tahu daripada siapa segalanya telah kamu pelajari, 15dan sejak kecil kamu telah mengenal Kitab Suci yang dapat memberimu kebijaksanaan untuk diselamatkan melalui iman dalam Kristus Yesus. 16Seluruh Kitab Suci diilhamkan oleh Allah#3:16 Terjemahan lain: ‘Seluruh Kitab Suci diwahyukan oleh Allah.’ Harfiah: θεόπνευστος (theopneustos) iaitu ‘hembusan nafas Allah.’ , dan berguna untuk mengajar, menegur, membetulkan dan mendidik ke arah kebenaran.#3:16 Atau:Ke arah hidup yang benar. 17Dengan demikian, tiap-tiap orang yang mengabdikan diri kepada Allah akan dilengkapi sepenuhnya untuk melakukan segala kerja yang baik.

Terpilih Sekarang Ini:

2 Timotius 3: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami