2 TIMOTIUS 3:1-5
2 TIMOTIUS 3:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
KŬTAHUILAH ulihmu inipun, iya itu pada akhir zaman kŭlak binchana waktu akan datang. Kŭrna orang nanti mŭngasihi akan dirinya sŭndiri sahja, loba, pŭnyombong, chongkak, pŭnghujat, dŭrhaka kapada ibu bapa, tiada mŭnŭrima kasih, tiada bŭragama, Tiada bŭrkasih kasihan, dan pŭmungkirkan janji, pŭnudoh dusta, pŭnurot nafsu, buas, pŭmbŭnchi akan orang orang yang baik. Pŭnipu, kras kŭpala, dan bŭsar hati, suka akan lazat dunia tŭrlebih deripada mŭngasihi Allah. Ada mŭmpunyai rupa ibadat sahja, tŭtapi disangkalkannya kwasanya; maka deripada orang orang yang dŭmkian mŭnyempanglah angkau.
2 TIMOTIUS 3:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketahuilah, bahawa pada akhir zaman, akan datang suatu masa yang sukar. Manusia akan menjadi pencinta diri, pencinta wang, bercakap besar, berlagak bongkak, mencaci maki, ingkar terhadap ibu bapa, tidak bersyukur, tidak suci, tidak mengasihi, tidak mengampuni, suka memfitnah, tidak menguasai diri, buas dan pembenci kebaikan, khianat, gopoh, angkuh, serta lebih mencintai keseronokan daripada mengasihi Allah. Mereka menjalankan kewajipan agama tetapi menyangkal kuasanya. Jauhilah orang demikian.
2 TIMOTIUS 3:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Ingatlah hal ini! Pada hari-hari terakhir akan timbul banyak kesusahan. Manusia akan mementingkan diri sendiri, tamak dan serakah, sombong dan bongkak. Mereka akan menghina dan melawan ibu bapa, tidak tahu berterima kasih dan tidak mahu mengenal Allah. Mereka tidak mengasihi sesama manusia, tidak berbelas kasihan, suka mengumpat, suka akan keganasan; mereka kejam dan benci akan kebaikan. Mereka suka berkhianat, tidak berfikir panjang dan sombong. Mereka lebih menyukai kesenangan dunia daripada mengasihi Allah. Pada lahirnya mereka menjalankan kewajipan agama kita, tetapi mereka tidak menurut ajarannya. Jauhkanlah dirimu daripada mereka.