2 PETRUS 1:8-9 - Compare All Versions
2 PETRUS 1:8-9 BM (Alkitab Berita Baik)
Semua itu sifat yang kamu perlukan, dan jika kamu memilikinya dengan berlimpah-limpah, hidup kamu akan bermakna dan berguna serta lebih mengenal Yesus Kristus Tuhan kita dengan baik. Tetapi sesiapa yang tidak mempunyai sifat-sifat baik itu, pandangannya picik. Dia tidak dapat melihat dan dia lupa bahawa dosa-dosanya yang lampau sudah dihapuskan.
2 PETRUS 1:8-9 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Maka jikalau sagala pŭrkara ini adalah padamu dŭngan kalempahannya, nŭschaya dijadikannya akan dikau lalie pun tidak, mandol pun tidak, dalam hal pŭngatahuan akan Isa Almasih Tuhan kami. Tŭtapi orang yang tiada mŭnaroh akan sagala pŭrkara itu, maka iya itulah buta, dan tiada dapat mŭmandang jauh, dan tŭrlupalah iya dosanya yang lama itu tŭlah dihapuskan.
2 PETRUS 1:8-9 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Jika kamu semakin kaya dengan segala ini, tidaklah kamu sia-sia dan hampa dalam mengenal Tuhan kita Yesus Kristus. Seseorang yang tidak memiliki sifat-sifat ini adalah rabun, malah buta, dan lupa bahawa dia telah disucikan daripada dosa-dosanya dahulu.