2 PETRUS 1:3-11

2 PETRUS 1:3-11 Alkitab Berita Baik (BM)

Dengan kuasa-Nya sendiri, Allah sudah mengurniai kita segala sesuatu yang diperlukan untuk hidup salih. Dia melakukan hal ini melalui apa yang kita ketahui tentang Allah yang telah memanggil kita untuk menikmati kemuliaan dan kebaikan-Nya sendiri. Dengan cara ini Dia telah mengurniai kita berkat-berkat yang sangat baik dan berharga yang dijanjikan-Nya. Dengan berkat-berkat itu kamu terlepas daripada keinginan jahat yang membinasakan, yang terdapat di dunia ini, dan kamu menerima sifat Allah sendiri. Oleh itu, berusahalah sebaik-baiknya supaya kamu tetap percaya kepada Kristus, mengamalkan hidup yang baik, dan juga mengetahui kehendak Allah. Di samping itu kamu harus dapat mengawal diri, bertabah hati ketika menghadapi segala sesuatu, dan kamu juga mesti hidup salih. Hendaklah kamu menyayangi saudara seiman dan mengasihi semua orang. Semua itu sifat yang kamu perlukan, dan jika kamu memilikinya dengan berlimpah-limpah, hidup kamu akan bermakna dan berguna serta lebih mengenal Yesus Kristus Tuhan kita dengan baik. Tetapi sesiapa yang tidak mempunyai sifat-sifat baik itu, pandangannya picik. Dia tidak dapat melihat dan dia lupa bahawa dosa-dosanya yang lampau sudah dihapuskan. Oleh itu, saudara-saudaraku, berusahalah lebih keras lagi supaya panggilan Allah dan pilihan-Nya atas diri kamu itu menjadi suatu pengalaman yang kekal. Jika kamu berbuat demikian, kamu tidak akan membuang iman. Dengan cara ini, kamu akan diberikan hak sepenuhnya untuk menikmati Pemerintahan kekal daripada Tuhan dan Penyelamat kita Yesus Kristus.

2 PETRUS 1:3-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Mŭnurot kwasanya, maka tŭlah dikurniakannya pada kita sagala pŭrkara yang bŭrguna kapada kahidopan, dan kabaktian, dŭngan bŭrkat pŭngatahuan akan dia, yang tŭlah mŭnjŭmpot kami kapada kamulian dan kŭbajikan: Maka sŭbab itulah tŭlah dikurniakan akan kami bŭbrapa pŭrjanjian yang tŭrbŭsar sangat dan tŭrindah adanya: supaya ulih sagala pŭrkara pŭrkara inilah kamu bŭrulih kŭlak bahgian akan tabiat Allah, sŭbab sudah tŭrlŭpas kamu deripada kabinasaan yang ada dalam dunia ulih kŭrna hawa nafsu. Tambahan pula, handaklah kamu mŭrajinkan dirimu sangat, akan mŭnambahi imanmu itu dŭngan kŭbajikan; dan kŭbajikan itu dŭngan pŭngatahuan; Dan pŭngatahuan itu dŭngan mŭnahani nafsu; dan mŭnahani nafsu itu dŭngan sabar; dan sabar itu dŭngan ibadat; Dan ibadat itu dŭngan bŭrkasih kasihan saudara bŭrsaudara; dan bŭrkasih kasihan saudara bŭrsaudara itu dŭngan dŭrmawan. Maka jikalau sagala pŭrkara ini adalah padamu dŭngan kalempahannya, nŭschaya dijadikannya akan dikau lalie pun tidak, mandol pun tidak, dalam hal pŭngatahuan akan Isa Almasih Tuhan kami. Tŭtapi orang yang tiada mŭnaroh akan sagala pŭrkara itu, maka iya itulah buta, dan tiada dapat mŭmandang jauh, dan tŭrlupalah iya dosanya yang lama itu tŭlah dihapuskan. Maka sŭbab itu saudara saudara, tŭrlebih lagi baik mŭrajinkan dirimu akan mŭnjadikan jŭmpotan dan pilehan akan kamu itu tŭgoh; kŭrna jikalau kamu bŭrbuat pŭrkara pŭrkara ini, nŭschaya tiadalah kamu akan jatoh skali kali. Kŭrna dŭmkianlah akan dibri pada kamu kŭlak masok dŭngan sŭpŭnoh pŭnoh jalan kadalam krajaan kŭkal Tuhan kami Isa Almasih, dan pŭnulong kami.

2 PETRUS 1:3-11

2 PETRUS 1:3-11 BM2 PETRUS 1:3-11 BM

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami