1 TIMOTIUS 2:1-8 - Compare All Versions

1 TIMOTIUS 2:1-8 BM (Alkitab Berita Baik)

Pertama sekali aku menggesa supaya doa permohonan dan ucapan syukur disampaikan kepada Allah untuk semua orang, untuk raja-raja dan semua penguasa. Berdoalah kepada Allah supaya kita boleh hidup dengan aman dan tenteram. Kita harus menghormati Allah, dan berlaku sopan terhadap orang lain. Hal ini baik dan menyenangkan hati Allah, Penyelamat kita. Dia mahu semua orang diselamatkan serta mengetahui ajaran benar tentang penyelamatan, kerana hanya ada satu Allah dan hanya ada satu yang dapat memimpin manusia kepada Allah, iaitu Kristus Yesus yang datang ke bumi sebagai manusia. Dia telah menyerahkan diri-Nya untuk menyelamatkan manusia daripada dosa. Hal ini membuktikan bahawa pada waktu yang tepat, Allah menghendaki semua orang diselamatkan. Itulah sebabnya aku diutus sebagai rasul dan guru kepada orang bukan Yahudi untuk memberitakan perkhabaran tentang iman yang benar. Aku tidak berdusta. Aku mengatakan yang benar! Aku mahu orang lelaki berdoa di mana-mana sahaja dengan hati yang suci, tanpa kemarahan ataupun pertengkaran.

1 TIMOTIUS 2:1-8 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

MAKA sŭbab itu nasihatku pŭrtama tama deripada skalian ini, iya itu minta mintaan, dan doa doa, dan tulong tulongan, sŭrta mŭnguchap shukor, biarlah jadi kŭrna sagala manusia; Kŭrna sagala raja raja, dan sagala orang yang mŭmŭgang kwasa, supaya kŭlak sŭnanglah kahidopan kami dŭngan sŭjahtralah dalam sagala pŭkŭrjaan Allah sŭrta tulos. Kŭrna dŭmkianlah baik, dan bŭrkŭnan pada fiak Allah, iya itu pŭnulong kami. Iyalah mŭnghandaki sagala manusia akan bŭrulih slamat, sŭrta mŭndapat mŭngatahui akan bŭnar itu. Kŭrna Allah itu tunggal adanya, dan pŭngantara itupun suatu adanya, diantara Allah dan manusia, iya itulah Isa Almasih sa’orang manusia itu, Yang tŭlah mŭnyŭrahkan dirinya akan mŭnjadi tŭbusan sagala manusia, iya itu akan mŭnjadi tanda pada masa yang tŭrtŭntu. Maka derihal pŭrkara itulah aku tŭlah ditŭntukan mŭnjadi surohan dan rasul, bahwa dŭmi Almasih, aku bŭrkata ini dŭngan bŭnarnya, bukannya bŭrdusta; lagi sa’orang guru derihal iman, dan kabŭnaran bagie sagala orang sŭsat. Maka sŭbab itulah kukahandaki supaya sagala laki laki mŭminta doa, pada barang dimana tŭmpat, sŭrta mŭngangkat tangan yang suchi, dŭngan tiada amarah dan shak.

1 TIMOTIUS 2:1-8 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Pertama-tama aku menyeru supaya permohonan, doa, syafaat dan kesyukuran dinaikkan untuk semua manusia — untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat. Inilah yang baik dan diredai oleh Allah Penyelamat kita yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan dan mengetahui apa yang benar. Hanya ada satu Allah dan hanya ada satu pengantara antara Allah dengan manusia iaitu seorang insan Kristus Yesus. Dia telah menyerahkan diri-Nya untuk menebus dosa seluruh umat manusia, dan hal ini akan dipersaksikan pada masanya. Itulah sebabnya aku dijadikan pemberita Injil dan rasul — aku berkata benar, aku tidak berdusta — dan sebagai pengajar kepada bangsa asing dalam iman dan kebenaran. Oleh itu, aku menyeru kaum lelaki di mana-mana sahaja supaya berdoa serta menadahkan tangan yang suci, tanpa kemarahan atau perselisihan.