1 Timotius 2:1-8

1 Timotius 2:1-8 AVB

Pertama-tama aku menyeru supaya permohonan, doa, syafaat dan kesyukuran dinaikkan untuk semua manusia — untuk raja-raja dan semua yang memegang kuasa, supaya kita hidup aman tenteram, salih dan penuh hormat. Inilah yang baik dan diredai oleh Allah Penyelamat kita yang berkehendakkan semua manusia diselamatkan dan mengetahui apa yang benar. Hanya ada satu Allah dan hanya ada satu pengantara antara Allah dengan manusia iaitu seorang insan Kristus Yesus. Dia telah menyerahkan diri-Nya untuk menebus dosa seluruh umat manusia, dan hal ini akan dipersaksikan pada masanya. Itulah sebabnya aku dijadikan pemberita Injil dan rasul — aku berkata benar, aku tidak berdusta — dan sebagai pengajar kepada bangsa asing dalam iman dan kebenaran. Oleh itu, aku menyeru kaum lelaki di mana-mana sahaja supaya berdoa serta menadahkan tangan yang suci, tanpa kemarahan atau perselisihan.