1 TESALONIKA 1:2-7 - Compare All Versions

1 TESALONIKA 1:2-7 BM (Alkitab Berita Baik)

Kami sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu semua. Setiap kali kami berdoa kepada Allah, kami sentiasa mendoakan kamu. Apabila kami berdoa kepada Allah dan Bapa kita, kami mengingat bagaimana perbuatan kamu menunjukkan kepercayaan kamu kepada Kristus, bagaimana kamu mengasihi orang lain sehingga bekerja untuk membantu mereka, dan bagaimana kamu berharap dengan teguh kepada Tuhan kita Yesus Kristus. Saudara-saudaraku, kami tahu bahawa Allah mengasihi kamu dan sudah memilih kamu menjadi milik-Nya sendiri. Hal itu demikian, kerana kami mengisytiharkan Berita Baik kepada kamu, bukan dengan kata-kata sahaja, tetapi juga dengan kuasa, dengan Roh Allah dan dengan keyakinan bahawa Berita Baik itu benar. Kamu mengetahui cara hidup kami ketika kami bersama-sama kamu dan semua itu untuk kebaikan kamu. Kamu mengikut teladan kami dan teladan Tuhan. Meskipun kamu menanggung banyak penderitaan, kamu menyambut perkhabaran itu dengan kegembiraan yang datang daripada Roh Allah. Oleh itu kamu menjadi teladan kepada semua orang Kristian di Makedonia dan Akhaya.

1 TESALONIKA 1:2-7 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Maka adalah kami mŭnguchap shukor kapada Allah pada sŭdiakala, sŭbab kamu skalian, sŭrta mŭnyŭbutkan hal kamu dalam sagala doa kami; Sŭrta ingat dŭngan tiada bŭrkaputusan derihal pŭrbuatan iman kamu, dan kalŭlahan kasih, sŭrta sabar deri kŭrna harap kamu bagie Tuhan kami Isa Almasih, kahalrat Allah, iya itu Ayah kami. Sŭbab kami tŭlah mŭngatahui saudara saudara yang kŭkasih, kamu pilehan Allah adanya. Kŭrna Injil kami tiada sampie kapada kamu dŭngan pŭrkataan sahja, mŭlainkan dŭngan kwasa, dan dŭngan Roh Alkudos, dan sŭrta bŭbrapa yakin, spŭrti yang tŭlah kamu kŭtahui, apakah macham orang kami ini diantara kamu, ulih sŭbab kamu. Adapun kamulah tŭlah mŭnjadi pŭngikot kami dan Tuhan, sŭbab kamu tŭlah mŭnŭrima pŭrkataan itu dalam bŭbrapa kasukaran, dŭngan kasukaan Roh Alkudos. Sahingga kamu tŭlah mŭnjadi tuladan bagie sagala orang yang pŭrchaya diMakadonia dan Akaia.

1 TESALONIKA 1:2-7 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Kami sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu semua dan menyebut nama-namamu dalam doa kami. Kami sentiasa ingat betapa kamu telah bekerja dalam iman, berusaha dengan kasih dan bersabar dengan sepenuh harapan kepada Tuhan Yesus Kristus kita di hadapan Allah Bapa kita. Saudara-saudara yang dikasihi, kami tahu bahawa Allah telah memilihmu, kerana Injil yang kami beritakan itu telah sampai kepadamu bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan kuasa, dengan Roh Kudus dan dengan keyakinan kukuh. Kamu tahu akan sifat dan kehidupan kami sewaktu bersamamu demi kebaikanmu. Kamu mengikut teladan kami dan teladan Tuhan. Walaupun kamu banyak menanggung kesengsaraan, namun kamu menyambut khabar itu dengan sukacita yang datang daripada Roh Kudus. Oleh yang demikian kamu menjadi teladan kepada semua orang beriman di Makedonia dan Akhaya.