1 Tesalonika 1:2-7

1 Tesalonika 1:2-7 AVB

Kami sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu semua dan menyebut nama-namamu dalam doa kami. Kami sentiasa ingat betapa kamu telah bekerja dalam iman, berusaha dengan kasih dan bersabar dengan sepenuh harapan kepada Tuhan Yesus Kristus kita di hadapan Allah Bapa kita. Saudara-saudara yang dikasihi, kami tahu bahawa Allah telah memilihmu, kerana Injil yang kami beritakan itu telah sampai kepadamu bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan kuasa, dengan Roh Kudus dan dengan keyakinan kukuh. Kamu tahu akan sifat dan kehidupan kami sewaktu bersamamu demi kebaikanmu. Kamu mengikut teladan kami dan teladan Tuhan. Walaupun kamu banyak menanggung kesengsaraan, namun kamu menyambut khabar itu dengan sukacita yang datang daripada Roh Kudus. Oleh yang demikian kamu menjadi teladan kepada semua orang beriman di Makedonia dan Akhaya.