1 TAWARIKH 4:24-43 - Compare All Versions
1 TAWARIKH 4:24-43 BM (Alkitab Berita Baik)
Simeon mempunyai lima orang anak lelaki: Nemuel, Yamin, Yarib, Zerah, dan Saul. Anak lelaki Saul ialah Salum, cucunya ialah Mibsam, dan cicitnya ialah Misma. Daripada Misma, jurai keturunan dilanjutkan oleh Hamuel, lalu Zakur, kemudian Simei. Simei mempunyai enam belas orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan, tetapi sanak saudara Simei tidak mempunyai banyak anak. Suku Simeon tidak menjadi banyak seperti suku Yehuda. Sampai pada masa Raja Daud, keturunan Simeon tinggal di kota-kota berikut: Bersyeba, Molada, Hazar-Sual, Bilha, Ezem, Tolad, Betuel, Horma, Ziklag, Bet-Markabot, Hazar-Susim, Bet-Biri, dan Saaraim. Mereka juga tinggal di lima tempat yang lain: Etam, Ain, Rimon, Tokhen, Asan, dan di pekan-pekan di sekitar, sampai sejauh kota Baal di bahagian barat daya. Itulah catatan yang disimpan oleh keturunan Simeon tentang salasilah dan tempat tinggal mereka. Berikut ini adalah pemimpin-pemimpin puak dalam suku Simeon: Mesobab, Yamlekh, Yosa anak Amazia, Yoel, Yehu anak Yosibya, (Yosibya ialah anak Seraya, cucu Asiel) Elyoenai, Yaakoba, Yesohaya, Asaya, Adiel, Yesimiel, Benaya, Ziza anak Sifei (Sifei anak Alon, Alon keturunan Yedaya, Simri, dan Semaya). Oleh sebab keluarga mereka terus bertambah, mereka terpencar ke barat sehingga hampir sampai ke kota Gedor. Domba mereka merumput di bahagian timur lembah, tempat letaknya kota Gedor. Di situ mereka menjumpai padang rumput yang subur dan luas, serta tenang dan aman. Dahulu daerah itu didiami oleh orang Ham. Pada zaman Raja Hizkia dari Yehuda, keturunan Simeon menyerang Gedor. Mereka memusnahkan khemah-khemah dan pondok-pondok orang yang tinggal di situ. Mereka mengusir penduduk tempat itu, lalu mereka menetap di sana kerana padang rumput di situ luas untuk domba mereka. Lima ratus orang daripada suku Simeon pergi ke Edom, di sebelah timur. Mereka dipimpin oleh anak-anak lelaki Yisei: Pelaca, Nearya, Refaya, dan Uziel. Di sana, mereka membunuh orang Amalek yang masih hidup, dan mereka menetap di situ sejak masa itu.
1 TAWARIKH 4:24-43 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Anak-anak Simeon: Nemuel, Yamin, Yarib, Zerah, dan Saul. Kemudian turun-temurunnya ialah Salum, Mibsam, dan Misma. Anak-anak Misma turun-temurun: Hamuel, Zakur, dan Simei. Simei mempunyai enam belas orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan, tetapi saudaranya tidak mempunyai ramai anak. Seluruh kaum mereka tidak bertambah ramai sebagaimana bani Yehuda. Mereka tinggal di Bersyeba, Molada, Hazar-Sual, Bilha, Ezem, Tolad, Betuel, Horma, Ziklag, Bet-Markabot, Hazar-Susim, Bet-Biri, dan Saaraim. Itulah kota mereka sampai Daud menaiki takhta. Desa-desa mereka ialah Etam, Ain, Rimon, Tokhen, dan Asan — lima perkampungan; juga semua desa yang ada di sekeliling perkampungan itu sampai ke Baal. Itulah tempat tinggal mereka. Mereka mempunyai salasilah sendiri. Selanjutnya Mesobab, Yamlekh, Yosa anak Amazia, Yo'el, Yehu anak Yosibya anak Seraya anak Asiel, Elyo'enai, Yaakoba, Yesohaya, Asaya, Adiel, Yesimiel, Benaya, dan Ziza anak Sifei anak Alon anak Yedaya anak Simri anak Semaya. Orang yang disebutkan nama mereka ialah para pemimpin dalam kaum mereka. Kaum keluarga mereka berkembang semakin ramai. Mereka pergi ke jalan masuk Gedor sampai ke sebelah timur lembah itu untuk mencari padang rumput bagi kawanan ternakan mereka, lalu mereka menemukan padang rumput yang subur dan baik. Negeri itu luas, sentosa, dan aman, kerana orang yang tinggal di sana sebelumnya berasal daripada orang Ham. Orang yang tertulis nama mereka datang pada zaman Hizkia, raja Yehuda. Mereka menyerang perkhemahan orang Ham serta orang Meunim yang ada di sana dan menumpaskan mereka itu. Demikianlah sampai hari ini. Mereka menduduki tempat orang itu, kerana di sana terdapat padang rumput bagi kawanan ternakan mereka. Sebahagian daripada mereka, iaitu seramai lima ratus orang daripada bani Simeon, berpindah ke Pergunungan Seir. Para ketua mereka ialah Pelaca, Nearya, Refaya, Uziel, dan anak-anak Yisei. Mereka membunuh saki-baki orang Amalek yang menyelamatkan diri, lalu mereka tinggal di sana sehingga hari ini.