1 Tawarikh 4:24-43

1 Tawarikh 4:24-43 AVB

Anak-anak Simeon: Nemuel, Yamin, Yarib, Zerah, dan Saul. Kemudian turun-temurunnya ialah Salum, Mibsam, dan Misma. Anak-anak Misma turun-temurun: Hamuel, Zakur, dan Simei. Simei mempunyai enam belas orang anak lelaki dan enam orang anak perempuan, tetapi saudaranya tidak mempunyai ramai anak. Seluruh kaum mereka tidak bertambah ramai sebagaimana bani Yehuda. Mereka tinggal di Bersyeba, Molada, Hazar-Sual, Bilha, Ezem, Tolad, Betuel, Horma, Ziklag, Bet-Markabot, Hazar-Susim, Bet-Biri, dan Saaraim. Itulah kota mereka sampai Daud menaiki takhta. Desa-desa mereka ialah Etam, Ain, Rimon, Tokhen, dan Asan — lima perkampungan; juga semua desa yang ada di sekeliling perkampungan itu sampai ke Baal. Itulah tempat tinggal mereka. Mereka mempunyai salasilah sendiri. Selanjutnya Mesobab, Yamlekh, Yosa anak Amazia, Yo'el, Yehu anak Yosibya anak Seraya anak Asiel, Elyo'enai, Yaakoba, Yesohaya, Asaya, Adiel, Yesimiel, Benaya, dan Ziza anak Sifei anak Alon anak Yedaya anak Simri anak Semaya. Orang yang disebutkan nama mereka ialah para pemimpin dalam kaum mereka. Kaum keluarga mereka berkembang semakin ramai. Mereka pergi ke jalan masuk Gedor sampai ke sebelah timur lembah itu untuk mencari padang rumput bagi kawanan ternakan mereka, lalu mereka menemukan padang rumput yang subur dan baik. Negeri itu luas, sentosa, dan aman, kerana orang yang tinggal di sana sebelumnya berasal daripada orang Ham. Orang yang tertulis nama mereka datang pada zaman Hizkia, raja Yehuda. Mereka menyerang perkhemahan orang Ham serta orang Meunim yang ada di sana dan menumpaskan mereka itu. Demikianlah sampai hari ini. Mereka menduduki tempat orang itu, kerana di sana terdapat padang rumput bagi kawanan ternakan mereka. Sebahagian daripada mereka, iaitu seramai lima ratus orang daripada bani Simeon, berpindah ke Pergunungan Seir. Para ketua mereka ialah Pelaca, Nearya, Refaya, Uziel, dan anak-anak Yisei. Mereka membunuh saki-baki orang Amalek yang menyelamatkan diri, lalu mereka tinggal di sana sehingga hari ini.