ZAKHARIA 3

3
Penglihatan tentang Imam Agung
1 # Ezr 5.2; Why 12.10 Dalam penglihatan yang lain, TUHAN menunjukkan Imam Agung Yosua kepadaku. Imam Agung Yosua sedang berdiri di hadapan malaikat TUHAN. Iblis#Iblis: Makhluk syurga yang dianggap sebagai lawan manusia. yang telah bersedia untuk menuduh Yosua, berdiri di sebelah Yosua. 2#Yud9 Malaikat TUHAN#Sebuah naskhah terjemahan kuno:Malaikat TUHAN; Naskhah Ibrani:TUHAN. berkata kepada Iblis, “Semoga TUHAN menghukum engkau, hai Iblis! Semoga TUHAN yang mengasihi Yerusalem menghukum engkau. Orang ini bagaikan puntung kayu yang ditarik dari api.”
3Yosua berdiri di situ dengan pakaian yang sangat kotor. 4Malaikat itu berkata kepada pembantu-pembantunya di syurga, “Buanglah pakaian kotor yang dipakai orang ini.” Kemudian dia berkata kepada Yosua, “Aku telah membuang dosamu; aku akan memberi engkau pakaian baru.”
5Dia memerintahkan pembantu-pembantunya memasang#Beberapa buah naskhah terjemahan kuno:Dia memerintahkan pembantu-pembantunya memasang; Naskhah Ibrani:Aku berkata, “Biarlah mereka memasang. serban bersih pada kepala Yosua, lalu mereka melakukannya. Selepas itu mereka mengenakan pakaian baru pada Yosua sementara malaikat TUHAN berdiri di situ.
6Kemudian malaikat TUHAN itu memberitahu Yosua 7firman TUHAN Yang Maha Kuasa, “Jika engkau mematuhi hukum-Ku dan melakukan tugas yang Aku berikan kepadamu, engkau boleh melanjutkan tugas sebagai pemimpin di dalam Rumah-Ku dan juga sebagai pengurus halamannya. Aku akan mendengarkan doamu, seperti Aku mendengarkan doa para malaikat yang di hadirat-Ku. 8#Yer 23.5, 33.15; Za 6.12 Dengarlah hai Imam Agung Yosua, dan juga kamu imam-imam yang menjadi rakannya, kamu semua lambang masa depan yang baik. Pada masa itu, Aku akan mengutus hamba-Ku yang disebut ‘Tunas’. 9Aku akan meletakkan sebuah batu bersegi tujuh di hadapan Yosua. Aku akan mengukirkan tulisan-tulisan pada batu itu. Dalam satu hari, Aku akan membuang dosa negeri ini. 10#Mi 4.4 Apabila hari itu tiba, setiap orang akan menjemput jirannya datang dan menikmati kedamaian dan keamanan di tengah-tengah ladang anggur dan pokok ara kamu.”

Terpilih Sekarang Ini:

ZAKHARIA 3: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk